(Edisi Ke-2)
Sudah saban hari aku sibuk dengan tugas-tugas di pejabat. Masa yang diluangkan utk diri sendiri juga semakin terhad. Alangkah indahnya hidup ini jika masa yg bergerak berhenti buat seketika, sudah tentu aku dapat menggunakan peluang sepenuhnya utk melakukan aktiviti kegemaranku seperti menonton televisyen, bermain piano, berkunjung ke kedai buku, memasak dan membantu ibu bapa di rumah. Aku juga mula merindui rakan-rakan seperjuangan semasa di universiti dan kami hanya dapat berhubung melalui Facebook atau meninggalkan khidmat pesanan ringkas sahaja memandangkan semuanya sibuk dgn kerjaya masing-masing. Aku ada juga mendengar khabar sesetengah rakan yang sudah mendirikan rumah tangga dan ada juga yg sudah menimang cahaya mata pertama. Alhamdulillah, sungguh murah rezeki kalian. Semoga hidup anda semua makin diberkati oleh Allah Swt.
Sebenarnya aku ingin berkongsi satu cerita. Baru-baru ini, semasa aku melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju ke apartmentku, seorang kanak-kanak lelaki yang kecil memintasku. Aku menoleh dan memandangnya. Lantas dia berhenti dan terus bersandar di tepi pintu apartmentku. Matanya yang bulat terkebil-kebil manakala rambutnya yang nipis beralun lembut ditiup angin.
Sungguh comel budak ini, hati kecilku berbisik.Aku tersenyum ke arahnya. Perlahan-lahan dia berkata kepadaku,
"Kak...nak duit seringgit." Aku terdiam sejenak. Peminta sedekah kah budak ini? Hati kecilku tertanya-tanya.
"Nak duit seringgit, buat apa dik?" Aku cuba menyiasat lebih lanjut.
"
Nak beli aiskrim." jawabnya ringkas.
Aku meraba-raba dompet di dalam beg. Ingin kuberi rm1 tetapi hatiku terasa berat.
"Adik tinggal kat mana?" tanyaku lagi.
"Blok C." jawabnya sambil memandangku dengan gaya penuh mengharap. Aku masih berfikir-fikir dan mula bertanya diri sendiri.
Mengapa minta duit pada org tak kenal? Mana mak dan ayah adik? Mengapa sungguh berani meminta-minta. Takde rasa malu? Kalau meminta pada orang jahat dan diculik, bagaimana? Sungguh banyak persoalan di benakku yang ingin aku lontarkan kepadanya tetapi aku tidak mampu. Perasaan belas kasihan yang tinggi lebih menguasai fikiranku. Aku menghulurkan rm1 kepadanya dan jelas die tampak gembira. Digenggamnya duit kertas bernilai seringgit di telapak tangannya yang kecil lalu berjalan ke arah kedai runcit di seberang apartment.
Aku lantas membuka pintu apartment dan melihat rakan serumahku sedang menonton televisyen. "
AKak, ade budak minta duit seringgit kat luar tadi." aku memberitahunya. Rakanku tidak berganjak dari sofa dan matanya masih melekat di kaca televisyen. "
Budak tu comel,kan?" dia bertanya dan menoleh melihatku. Aku menggangguk2.
"Alah, tadi akak pun jumpa dia. Dia mintak duit. Ada ke patut suka hati mintak duit." katanya lagi
. "Akak bagi ke?" tanyaku. Dia menggeleng dan berkata, "
Takda pasal nak bagi. Akak cakap kat dia, akak takda duit! Pergi balik. Bukannya dia takde mak bapak. Minta la kat mak bapak sendiri." Aku terdiam.
Salahkah aku memberinya duit?
Salahkah aku tidak menyelidik latarbelakang budak itu dengan betul sebelum membuat keputusan itu tadi?
Ya Allah, mungkin ibu bapa budak itu melarang budak itu membeli aiskrim dan aku telah memberikanya rm1 untuk membeli benda yang dilarang.
Dan mungkin budak itu juga tidak tahu apa yang dilakukan tadi salah dan dalam masa yang sama, aku telah mengajarnya meminta2 kepada orang yg tidak dikenali. Dan mungkin juga dia akan mengulangi kesalahannya lagi.
Oh, Tuhan.. walau apa pun alasan budak itu, kau lindungikan wajah comelnya daripada kejahatan manusia dan kerosakan akhlak. Sungguh malang ibu bapanya jika dia tidak diasuh dengan jln yang betul.
Semoga Tuhan merahmati.