Thursday, April 29, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

(Edisi Terhad)

Sudah 5 hari peperiksaan akhir Bahasa Inggeris untuk pelajar2 semester 1 berakhir. Dan sudah 5 hari jugalah aku sibuk memeriksa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris pelajar2ku. Semester ini, bilangan pelajar dalam satu kelas agak ramai iaitu sebanyak 40 orang satu kelas. Disebabkan aku mengajar 2 kelas yang budaknya 40 orang, dan satu kelas 17 orang.. terpaksalah aku menanda dalam 97 skrip jawapan. Dan dalam 97 skrip jawapan yang ditanda, dalam separuh skrip yang eseinya aku conteng dgn pen merah besar-besar gara2 pelajar yang tidak mengikuti cara penulisan esei yang betul. Tidak termasuk lagi yang keluar tajuk dan menulis benda yang merapu2 dan mengarut2...Ha3. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan berakhir sudah tugas pengajaranku semester ini. Cuma perlu memasukkan markah dan gred secara online dan mengemaskini port-folio pengajaran.

Mungkin ada antara pembaca blog yang tertanya2 mengapa aku menulis dalam Bahasa Melayu dalam entri kali ini. Sebenarnya, sudah lama aku berhasrat menulis menggunakan bahasa ibunda sendiri tetapi tidak berkesempatan. Maklumlah, jadual harianku sejak bekerja memerlukan aku berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris, jadi pengaruh utk menulis dalam bahasa penjajah ini lebih tinggi daripada menggunakan bahasa pertuturan sendiri. Semasa mengajar di dalam kelas, rasanya amat jarang aku bertutur dlm bahasa Melayu. Kalau tidak silap, memang aku tidak bercakap dlm bahasa Melayu langsung ketika berada di dalam kelas. Sekiranya telefon bimbit berbunyi ketika mengajar, aku tetap berbual dengan si pemanggil dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan yang menelefon pula adalah rakan-rakan dari jabatanku, jadi tidak hairan lah jika aku tidak menggunakan Bahasa Melayu. Ada sekali ibuku dari Perak menelefonku di dalam kelas dan apabila aku mula berbual dlm Bahasa Melayu, pelajar2ku tersenyum2 memasang telinga memberi perhatian. Mungkin ia sesuatu yang pelik untuk mereka agaknya. Dan ada antaranya yang memberi komen seperti, "Miss, this is our first time to listen to you speaking in Malay." dan juga "Miss, you sound like a Mat Salleh speaking Malay. It sounds so different." Dan yang paling buat aku ketawa besar, ada juga yang menyangka aku berdarah campuran (Tidak mengapalah..tetapi yang pasti, aku mmg ada keturunan Arab dan Bugis).

Secara jujur, aku memang bangga bertutur dan menulis dalam bahasa ibundaku. Semasa di sekolah, aku sering mendapat markah paling tinggi dalam subjek BM kerana minatku yang mendalam dalam menulis dan membaca novel dan majalah BM. Ibu bapaku juga guru Bahasa Melayu. Di sekolah, mereka sering melanggan dan membawa pulang majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat untuk bacaan di rumah. Kami juga melanggan Utusan Malaysia (dan sekarang kami bertukar ke Berita Harian) dan juga majalah popular Mastika. Dari kecil, aku mengasah perbendaharaan kata melalui pembacaan akhbar, majalah, buku akademik dan novel. Namun, tiada siapa pula yang melanggan Readers Digest, The Sun, The New Straits Times dan novel Bahasa Inggeris ketika aku kecil. Tiada siapa juga di rumah yang betul2 bertutur Bahasa Inggeris denganku sewaktu aku di sekolah rendah. Aku masih ingat, aku gemar meminjam buku Bahasa Inggeris dari perpustakaan sekolah sejak darjah 5 kerana cikgu memilihku untuk menyertai Projek Nilam. Waktu zaman persekolahanku, terdapat pelbagai projek yang menginginkan pelajar sekolah rendah mengambil bahagian dan aku adalah antara yang suka menyertainya =)

Semasa darjah 5, cikgu ada bertanyakanku apakah cita-citaku. Aku memberitahunya, "Saya nak jadi cikgu. Sebab nak berbakti kepada masyarakat." kataku tanpa berfikir panjang. "Kamu nak jadi cikgu apa?"Cikgu bertanya lagi. Aku menjawab, "Saya nak jadi cikgu kat universiti. Nak mengajar Bahasa Inggeris. " kataku lagi. Cikgu aku menggangguk dan berkata, "Oh, kalau begitu, kamu nak jadi pensyarah Bahasa Inggeris la." "Ye, cikgu." Aku menjawab.

Dan kini, apabila matapelajaran Sains dan Matematik diajar dlm Bahasa Inggeris, ramai yang tidak setuju dengan cadangan ini dan ramai juga yang menyokong. Bagiku, aku lebih suka belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa ibundaku walaupun aku mengajar bahasa Inggeris kerana aku percaya ramai pelajar Melayu yang berpotensi untuk berjaya walaupun menggunakan Bahasa Melayu sendiri. Ibuku yang berkerja di sekolah cina selalu mengatakan bahawa, pencapaian pelajar cina tinggi kerana mereka mengikuti tuisyen sains dan matematik menggunakan bahasa ibunda mereka sndiri iaitu bahasa cina.

Walau apa pun pendapat orang ramai, aku percaya semuanya bermula dari usaha kita sendiri. Tidak perlu memberikan apa2 alasan jika kita ingin berjaya. bagiku, setiap orang punyai potensi sendiri untuk berjaya dan jika kita lemah dalam sesuatu bidang, perlulah kita berusaha dengan pelbagai alternatif untuk berjaya.

Aku sayangkan Bahasa Melayu. Tiada siapa yang boleh menaikkan martabat bahasa kita jika bukan kita sendiri =)

Sekian.

Puteri Salju xxx.

17 comments:

Niezam said...

Bagus, martabatkan Bahasa Melayu..:) Amat kagum melihat entry saudari kali ini, sepanjang hampir 2 tahun mengikuti blog saudari, rasanye ini inilah kali pertama ianya ditulis dalam Bahasa Melayu, sgt menarik :)

SnoW whiTe said...

Terima kasih atas komen membina saudara Nizam. Saya harap selepas ini dapat menulis dalam bahasa ketiga saya - Bahasa Arab.

Itu sekiranya rakan-rakan blog dan pembaca masih berminat dgn penulisan di blog saya.

Saya hargai setiap komen anda.

salihah said...

best kyra best..suka sgt baca entry kali ni..hehe ^^

Marni J. said...

syakira, izinkan saya menulis dengan bahasa tak formal..

seronokla baca you tulis dlm bm..hehe..tak dpt bygkan kalau u sembang ngan kitorang mcmni..gurau ja k!!

tak sabar nak baca your next entry dlm bahasa arab walopon i tak reti bhs arab! XD

Old dwarf said...

hehe...puteri salju..sdap nme tu....

amat jarang skali sy mendgr org amat minat dgn bhs eng...tp puteri salju mmg minat sjak kcil...alangkah bgus andai ku jua pndai berbahasa eng...hehe..

tentu puteri amat gmbira dgn cita2 yg telah tercapai utk bergelar pngajar...

Niezam said...

Oh,kalau tulis dalam Bahasa Arab, sekadar dapat baca ajale, tapi mungkin tak akan faham dengan apa yang ditulis kecuali la ada penafsiran :)

AuTumN TearS said...

wah!tidak kusangka begitu hebat sekali pos anda pada kali ini..:)saya amat gemar ketika anda memberitahu cita-cita anda untuk menjadi pensyarah bahasa inggeris.(terharu)bagi saya inilah pos anda yang paling saya suka berbanding yang lain.:)kepada old dwarf=rasanya name saya lebih sedap daripada puteri salju kerana jika ditranslit kepada bhs ibunda kita=tangisan musim luruh..haha:D

kepada puteri salju pula=cita-cita anda telah tercapai~syabas!:)

percayalah dgn impian anda,suatu masa nnti pelangi akan muncul tiba,dan jika anda terus mempercayainya,apa yang anda impikan akan tercapai.

Old dwarf said...

no no no...nme puteri salju gak yg sdap...haha..kenape nme 'tangisan musim luruh' perlu ade tngisan??ni mst salu bt org nangis ni..puteri salju namenye diibaratkan spt kehadirannye menyejukkan hati semua org...hehe..

AuTumN TearS said...

actually old dwarf,nama salju itu memberi maksud lebih kepada kesedihan/kekecewaan..sbb itulah dlm percintaan yg x kesampaian selalu kita kaitkan dengan salji/musim dingin..:p anyway my name is better than hers~;)

SnoW whiTe said...

Terima kasih atas pandangan kalian. Saya hargai semuanya.

iamnazrin said...

haha,bahasa baku yang terbaik yg didengari sejak setahun masuk uitm nih.

tetapi,terpaksa diakui,
skemanye...haha

hmm,susahla nak komen nih..

but,this is a good upgrade i guess.
xsabar post in arab lak.hehe

SnoW whiTe said...

Salam saudara nazrin,
terima kasih atas komen anda. Bahasa Arab agak susah sebenarnya kerana saya sudah tinggalkannya lama sejak tidak menuntut di UIA. Nampak benar saya hanya belajar kerana hendak lulus peperiksaan. Tapi jika ada rezeki, mungkin suatu hari nanti akan dilakukan juga =)

Jika ada yang tidak faham, boleh la cuba belajar nanti. Mungkin ini satu jln terbaik utk menggalakkan rakan2 blog mempelajari bahasa ini dan secara tak langsung memahami Bahasa Al-Quran =)

Lina^ Chan said...

bahasa ibunda sendirilah yg paling indah. syabas syakira kerana telah melahirkan entri dalam bahasa melayu, walaupun edisi terhad. dulu lina pun asyik tulis blog dalam B. Inggeris..tapi lama lama..rindu pula dengan bahasa sendiri...^^

Haziq said...

Hahaha miss, BM awak ag hebat dr saya... rasa macam baca novel2 plak haish.. rindu plak nak baca novel ni haha...

SnoW whiTe said...

Lina, saya setuju dgn awk. Martabatkan Bahasa ibunda kita.

Haziq, ingat Miss tak reti cakap Melayu ke? Hehe. Ni if masuk karangan SPM ni dah lama score A tau.hehe =)

Kalau Miss terbitkan novel nanti, jgn lupa beli tau.

Sir Juzylee said...

ni first time miss tulis dalam BM ???
wow...ayt lecturer sye mmg BEST ^.~
lps2 ni tulis dlm BM lg... ;)

SnoW whiTe said...

Sir Juzylee,
Terima kasih kerana sudi memberi komen. Okay, kalau ada rezeki dan edisi terhad sekali lagi, miss akan menulis dalam BM lagi.