Edisi Ke-tiga
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang masalah rumahtangga yang dilalui oleh masyarakat kita seperti yang dipaparkan di akhbar, risalah dan artikel di internet. Baru-baru ini terdapat pula kes di mana perbezaan umur antara suami dan isteri juga dijadikan isu untuk berbalah. Kes penceraian Norman hakim dan Abby Abadi juga sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Malah, Abby yang masih cantik juga diketepikan oleh suaminya disebabkan ingin memperisterikan si dia yang lebih muda. Ada juga pendapat mengatakan, tidak kira si isteri seorang yang sempurna, cantik dan pandai mengemas rumah atau tidak, jika suami sudah bosan dengan isterinya, dia tetap akan pasang satu lagi. Umur juga kadangkala dijadikan satu sebab utk sesebuah pasangan itu bertengkar.
Pada pendapat saya, tidak kira berapa beza umur suami atau isteri itu, tolak ansur dan saling memahami itu penting. Mungkin ada pendapat mengatakan bahawa suami yg lebih muda lambat laun akan bosan dengan isteri yang lebih tua daripadanya dan seterusnya akan mengahwini perempuan yg lebih muda dan cantik. Islam telahpun menggariskan panduan utk mencari calon suami dan isteri iaitu agama menjadi aset paling penting. Jadi, tidak kira lah sama ada si suami itu lebih tua atau muda, jika dia mahu curang dan membelakangkan isteri, perkara tersebut tetap akan berlaku. Namun, jika kebetulan lelakinya muda, masyarakat akan menuding jari kepada kelemahan si isteri kerana telah memilih calon suami yang lebih muda daripadanya dan hal ini menjadi penyebab rumah tangga itu bergolak. Jika lelaki itu lebih tua pula, masyarakat akan menyalahkan isteri juga kerana tidak pandai menjaga penampilan dan makan minum si suami. Pendek kata, masalah sebegini kerap menjadi bualan masyarakat dan kita tidak dapat lari daripadanya. Isteri menjadi mangsa keadaan dalam menghadapi tohmahan semua pihak.
Samada kita menyedarinya atau tidak, kisah rumahtangga di dada akhbar juga sering digembar-gemburkan dengan isu penceraian, penderaan pasangan, masuk campur keluarga mertua dan masalah kewangan. Hampir setiap minggu, kisah ini dilaporkan untuk tatapan pembaca. Tidakkah kita sedari bahawa disebabkan kita sering melihat sudut negatif sesuatu perkara, kita akhirnya menarik tenaga negatif di sekeliling kita dan cenderung terjebak dengan gejala yang negatif juga. Contohnya, jika kita sering memikirkan seseorang, orang yang kita fikir mungkin menelefon kita pada keesokan harinya. Dan apabila kita membenci sangat2 pada seseorang, orang yang seperti itu lah yang kita akan jumpa pada hari berikutnya. Ini ialah prinsip Hukum Tarikan. Positif menarik positif, negatif menarik negatif juga.
Oleh itu, mengapa tidak kita lihat dan fokus pada kisah2 perkahwinan yang bahagia di mana ianya boleh menjadi teladan utk mereka yang baru ingin mendirikan rumahtangga. Nescaya, tenaga positif yang diambil daripada kisah-kisah tersebut dapat membimbing kita untuk menjadi modal insan yang lebih baik dan berkepimpinan.
XxPuteri Salju..xx
3 comments:
agree.
Terima kasih kerana bersetuju :)
absolutely true!
Post a Comment