Wednesday, June 17, 2020

Pengalaman di Makkah bersama anak2 (Part 2)

Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 6jam dgn menaiki bas. Dlm bas, perjalanan kami diselangselikan dgn tazkirah drpd mutawif kami Ustaz Abd Rahman Daulay dan masa lapang kami juga diisi dgn talbiah, zikir dan selawat utk junjungan Rasul Nabi Muhammad SAW. Sugguh sayu rasanya setiap kali berselawat bersama ahli2 rombongan kerana kami bakal meninggalkan kota Madinah dan juga Rasulullah utk menjejakkan kaki di tempat kelahiran Baginda pula.


Perjalanan di dlm bas

Nasi Arab yg sgt sedap di RnR
     
Semasa dlm perjlnn ke Makkah, Ustaz juga mengingatkan kami utk berehat atau tidur dlm perjalanan utk mengelakkan keletihan setelah tiba di Makkah nanti. Ini adalah kerana, setelah berniat di miqat iaitu Bir Ali, kami akan diberikan masa 1jam shj utk check-in bilik hotel, ke tandas, tukar pampers anak etc sebelum berangkat mengerjakan tawaf. Semasa di dlm bas, ramai ahli rombongan yg agak keletihan kerana perjalanan yg agak jauh termasuk sy dan suami. Suami  sy mengambil peluang utk tidur manakala sy menjaga anak2. Anak2 di dlm bas ketika ini amatlah aktif dan tidak boleh duduk diam. Ada masa K hendak turun dari kerusi dan jln pusing2 dlm bas. Jadi, kenalah layan walaupun agak bimbang akan menganggu jemaah lain yg sdg beristirehat. Sesungguhnya sy cuma berharap yg anak2 akan keletihan sekejap lagi dan akan tidur apabila tiba di Makkah menjelang malam nanti.


Kami menginap di Millenium Hotel Towers (tapak Hilton lama) yg bangunannya bersambung dgn KFC dan juga shopping mall di sebelah bawahnya. Hotel hanya terletak 50m+ ke Masjidil Haram. Setelah check-in, kami bersama anak2 turun berkumpul di lobi hotel utk sama2 mengerjakan tawaf diketuai oleh Ustaz Abd Rahman. Bg rombongan kami, kami kurang bernasib baik kerana salah satu lif utama hotel rosak, jadi, ini menyebabkan perjlnn utk turun ke lobi mengambil lebih ms drpd biasa krn smua jemaah berkerumun utk menaiki lif yg sama.

Atas nasihat mutawif juga, ibu mertua yg sakit lutut diamanahkan kpd rakan ustaz yg mengendalikan jemaah yg berkerusi roda utk bertawaf di tingkat sebelah atas. Kami ikut serta tawaf bersama Ustaz memandangkan tidak mempunyai pengalaman melakukan umrah dan ini adalah umrah pertama kami.

Saat menjejakkn kaki di Masjidil Haram, mata saya mula kuyu kerana tidak cukup rehat. Hampir terlelap saya ketika berjln bersama rombongan. Ustaz mengajak kami berhenti minum Air Zamzam sebelum turun ke Kaabah. K yg dikendong di belakang tiba2 meragam.  Saya terpaksa menukarkan baby carrier utk K duduk di bhgn depan. Syukur dia tidak lagi meragam n terus tidur. Alhamdulilah syukur kerana apabila K tidur dgn lena, sy dpt menunaikan tawaf dan saie dgn lancar dan mudah sekali. Ada hikmah rupanya kenapa Allah jadikan anak2 begitu aktif semasa kami dlm bas. Rupanya nk mudahkan sy buat ibadat. Subhanallah!



Bergambar kenangan di depan Kaabah



Selesai umrah pertama, kami pulang ke bilik hotel dan terus tidur. Begitu penat rasanya pada hari pertama. Mgkin kerana perjlnn dari Madinah sejak tgh hari tanpa rehat dan tidur yg cukup membuatkan kami keletihan. 

Keesokan paginya, kami turun bersarapan di hotel. Hari kedua kami diisi dgn solat di Masjidil Haram shj. Saya juga sempat melakukam Tawaf Sunat bersama anak2. Tiada aktiviti ziarah dan sbgainya. Kami juga mengambil kesempatan utk ke Bin Dawood di dlm shopping mall utk mmbeli sedikit makanan ringan, susu kotak, coklat dan sbgainya.  Sy juga sempat membeli KFC Arab utk mencuba, tetapi hrganya berganda mahal drpd Malaysia. 


Saya wajib beli susu kotak utk bekalan Kalsium. Lgpun, K masih menyusu badan. Harga murah shj.. Hanya 1riyal..(dlm RM1) 


Hari ke-3 di Makkah, kami dijadualkan utk menunaikan umrah kedua. Sebelum itu, ahli rombongan berkumpul di lobi pd waktu pagi kerana ada aktiviti ziarah. Kami dibawa oleh ustaz melawat Arafah dan melihat tempat2 yg bakal dihuni oleh jemaah Haji.  Kami juga berkesempatan ke Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam A. S dan isterinya, Hawa setelah diturunkan dri syurga. Di sinilah juga tempat di mna Rasulullah menerima wahyu yg terakhir sebelum Baginda wafat. 

Jabal Rahmah (Mount of Mercy) atau digelar Bukit Kasih Sayang juga dikatakan tempat mustajab utk doa jodoh dan peetemuan. Kpd ahli keluarga dan sahabat yg memohon doa jodoh, insyaallah telah saya doakan semuanya. 






Seterusnya, kami berniat di miqat dan balik ke hotel utk meneruskan umrah kali ke-2. Kali ini, abg ipar membawa ibu mertua ikut serta turun bersama rombongan utk tawaf di kwsn Kaabah. Rezeki ibu mertua jg krn dibenarkan pengawal keselamatan utk turun berkerusi roda krn dr segi peraturan, mereka yg berkerusi roda hanya dibenarkan tawaf di tingkat atas. Namun, keadaan yg sesak di kwsn Kaabah menyebabkan agak sukar berkerusi roda kerana terpksa berhati2 dan takut terlanggar kaki mereka yg sdg bertawaf. Mgkin disebabkan itulah, pihak keselamatan Masjidil Haram tidak mmbenarkan penggunaannya di kwsn Kaabah. 

Umrah kali kedua agak mencabar kerana kami bertawaf dlm panas terik. Syukur kedua anak tidur dan memudahkan kami utk bertawaf. Cuma, wktu pusingan ke-7 Fateh bangun menangis dan meronta2 utk turun. Kami hanya terus bertawaf tidak mempedulikan tangisannya memandangkan sudah hampir ke penamat. Setelah habis tawaf, tangisan F makin kuat dan kami pun terpkasa tukar anak yg dikendong. Kali ini, F naik bersama saya manakala K dgn suami. Kami juga meneruskan Saie bersama rombongan. 

Ketika itu, azan Asar berkumandang. Mutawif mengingatkan kami setelah azan, saie akan dihentikan seketika dan jemaah akan terus mengerjakan solat di tapak Saie. Wuduk boleh diambil dgn botol spray yg dibawa ataupun air zamzam yg berdekatan. Selesai solat Asar, kami meneruskan perjalanan Saie dan pulang ke hotel. Sesungguhnya, kepenatan yg dialami melambangkan betul2 penyucian jiwa. Betapa kerdil rasanya perjuangan umrah ini dibandingkan perjuangan Rasulullah yg terdahulu. 

Hari berikutnya, kami berziarah di Thoif yg merupakan salah satu tempat dakwah Rasulullah. Tempat ini adalah kwsn tanah tinggi seperti Cameron Highlands...agak sejuk dan terdpt pelbagai tanaman buah2an dan bunga ros yg ditanam di sini. Kami diberi peluang melawat kilang minyak wangi dan taman bunga ros. Sy turut membeli dua botol minyak wangi Ros dan sabun kecantikan. 

Kilang bunga Ros

Taman Bunga Ros


Minyak wangi Ros

Sabun kecantikan

Buah2an Mediterranean 

Tembikai susu dan delima
Antara hasil tangkapan, Buah Teen segar


Kami juga dibawa Ustaz utk singgah makan Nasi Arab Thoif Lamb Mandy yg sgt sedap bersama hidangan Kunafeh, sejenis dessert Arab cheese yg sgt lazat. Namun, sy tidak sempat utk merakam byk gambar memandangkan K byk meragam sewaktu menunggu dan juga ketika makan. 

Nasi Arab Mandy di Thoif


Dessert Kunafeh



Pada hari yg sama, jemaah yg berminat utk melaksanakan umrah ketiga boleh lah berniat di miqat sebelum tiba di Makkah. Hari itu, sy dan suami hanya melaksanakan Tawaf Sunat. 

Melaksanakan Tawaf Sunat secara solo kerana bergilir dgn suami menjaga anak di hotel


Keesokan harinya, sebelum menunaikan umrah ke-3 dan yg ke-4 bagi sesetgh orang, kami berpeluang berziarah dan melawat Pameran "The Two Holy Mosques Architecture". Pelbagai maklumat menarik dan senibina MasjidilHaram dan Masjid Nabawi dipamerkan di sini. 






Pada mlmnya pula, ahli rombongan telah meminta bantuan ustaz utk mmbawa kami ke tempat2 mustajab berdoa. Alhamdulilah, Ustaz telah bwa kami ke beberapa tmpt mustajab utk berdoa dan solat seperti Multazam, Hijr Ismail, tapak Makam Ibrahim yg asal, tapak di mana Rasullullah belajar solat bersama Jibril etc. Mmg jemaah sgt ramai, tp dgn bantuan Ustaz dan izin Allah, kami dpt menyelinap masuk dan menyentuh Kaabah utk berdoa. Mulanya, kami tidak yakin bagaimana utk ke sana krn ada anak2 bersama. Mmg agak berbahaya utk solat di hijr ismail, apatah lg utk letak anak di bawah semasa sujud. Ianya ibarat Rawdhah kedua, tetapi lebih hebat berebut krana lelaki dan perempuan smuanya solat di tempat yg sama.

Jadi, ustaz bgtau kami supaya jgn risau krn dia akan bw jemaah lelaki dan wanita scara bergilir ๐Ÿ˜„. Jadi, saya dan suami boleh bergilir mnjaga anak.  Suami pun pergi la bersama ustaz dahulu, dan sy tunggu brsama jemaah wanita yg lain. Apabila tba giliran wanita, saya tinggalkn anak2 dgn suami. Bg lelaki yg dh prgi dgn ustaz dan yakin utk bawa isteri pula, mereka akan pergi sendiri bw isteri.. Dan yg lainnya, ikut ustaz. 

Alhamdulillah, syukur dimudahkan semuanya. Bersyukur juga sbb dikurniakan kwn2 yg supportive dn baik belaka.



Bersama mutawif kami

Bersama salah seorg sahabat dlm rombongan

Berdoa sambil menyentuh Kaabah

Di bukit Safa

F di depan Kaabah

Sepanjang di Makkah juga, anak2 sgt suka dgn Roti arab dan Pizza Arab. Dua kali kami membeli Pizza dri shopping mall di bawah hotel. Kalau anda semua nak try Pizza, boleh cuba masuk ke shopping mall di pintu berdekatan KFC. Kedainya tak jauh tetapi kena jln beberapa tapak ke bhgn dlm. Di tepi kaki lima di luar hotel juga terdapat pelbagai gerai yg menjual Kebab yg lazat.  Terdapat juga gerai kebab yg menawarkan sedekah utk fakir miskin dan golongan yg yg kurang berkemampuan. Sesiapa shj boleh sedekah dan mengamanahkan pekerja Kebab utk memasak dan mengagihkan sedekah Kebab dan minuman kpd mereka yg memerlukan. Saya dan suami tidak melepaskan peluang utk turutserta bersedekah. Ramai sungguh mereka yg beratur mengambil makanan. 

Kami juga sempat mkn aiskrim Arab yg dikatakan famous itu. Aiskrim tersebut adalah ala2 soft ice cream yg lembut digigit dan cair di mulut. Sedap tetapi agak manis utk saya.




Hari terakhir kami di Makkah byk diisi dgn beriktikaf di masjid. Sy jg melaksanakan Tawaf Sunat scara bergilir dgn suami krn tidak mahu kejut anak2 yg tidur di hotel. Saya dan suami juga sempat ke Hijr Ismail sekali lagi utk bersolat dan berdoa buat kali terakhir. Kami juga berpeluang menyentuh Kaabah sekali lagi. Syukur Allah mudahkan perjalanan ibadat kami. Penat tetapi puas ❤️

Sebelum meninggalkan Makkah, kami menunaikan Tawaf Widak (tawaf selamat tinggal) dgn mmbawa anak2 bersama. Sebelum itu, kami telah bersiap sedia mengemas brg2, mandi dan menukar pampers anak terlebih dahulu sblm turun ke Masjidil Haram utk solat Subuh. Ini adalah krn selepas tawaf, syaratnya ialah perlu meninggalkan bilik hotel secepat mgkin dan tidak lagi beristirehat/tidur di bilik hotel. 


Oleh itu, Ustaz telah menasihatkan ahli rombongan utk bertawaf utk beberapa pusingan lebih awal sblm Subuh, dan sambung bilangan yg belum selesai selepas solat Subuh utk mengelakkan kesesakan ketika Tawaf. Namun, apakan daya. Menguruskan kain baju, brg2 dan anak2 agak mengambil masa dan kami tiada pilihan melainkan tetap menunaikan Tawaf Widak selepas subuh juga. Memang betul kata Ustaz. Selepas kami solat Subuh di Masjidil Haram, jemaah sgt sesak mengerjakan Tawaf. Kami berhimpit2 dan perjalanan tawaf sgt perlahan. Kami hanya berdoa supaya anak2 tidak meragam dan kami dapat selesaikan secepat mgkin supaya tidak menyebabkn jemaah lain menunggu kami utk berangkat ke lapangan terbang. 

Alhamdulillah Tawaf Widak selesai walaupun keadaan sedikit kelam kabut pagi itu. Kami berkumpul di lobi dan menunggu arahan ustaz utk menaiki bas ke lapangan terbang. Alhamdulillah smuanya berjln lancar sehingga kami pulang dan tiba di tanah air pada pagi Subuh 27hb April, 2019.

Setelah tiba di KLIA, kami ke TuneHotel utk berehat beberapa jam sebelum mengambil flight seterusnya utk pulang ke Kuantan (rmh ibu mertua) terlebih dahulu. Ketibaan kami di Tune Hotel disambut oleh keluarga PakSu saya. Sy sempat memberikan Paksu sebotol kecil air zamzam dan juga buah teen segar yg dibeli dari Thoif sebagai buah tangan, terutama utk sepupu kecil kesygn, Zarif. 

Kauthar ketawa girang tiba KLIA. Dia mengamuk punya lama dlm flight. Mungkin rimas dan letih๐Ÿ˜…✈️

Wajah ceria

Bersama Paksu, Maksu, Hairi dan Zarif



Akhir kata, pengalaman umrah bersama suami, anak2 dan keluarga mertua adalah pengalaman yg paling berharga yg tidak akan saya lupakan. Sesungguhnya, ada kemanisan di sebalik ujian yg dtg. Sy sgt bersyukur dikurnikan seorg suami yg menjadi tulang belakang, teman umrah, sahabat sejati yg sentiasa bersama saya waktu susah senang.  

Walaupun kami byk buat strategi dan bahagikan tugas utk jaga anak ketika umrah, perjalanan umrah ini tidak akan berjln lancar sekiranya tiada bantuan dari Allah tiada krjasama antara suami isteri. Suami saya banyak berkorban utk memudahkan saya terutama dari segi basuh kencing berak anak atas flight/mandi anak dan juga basuh baju di hotel. Di Makkah, kami tidak hantar Dobi seperti di Madinah kerana kekangan masa. Namun, suami sayalah yg membasuh baju dan suami telah bawa pengering baju yg dibeli online dari Malaysia utk memudahkan kerja. Di pihak saya, saya mandikan anak sekali sekala shj krn suami tahu sekiranya sy buat semuanya tanpa dibantu, sy mgkn tidak akn dpt rehat dan akan kelesuan ketika beribadah. 

Tenaga fizikal dan mental yg kuat sgt penting dlm ibadat Tawaf dan Saie bersama anak2. Malah, Kauthaar juga masih menyusu badan dan ianya menambahkan lagi komitmen dan kepenatan. Jadi... Sekiranya anak tidak tidur, sya akan beri oeluang kpd suami pula berehat.

Apabila hati cekal n niat utk beribadah tu kuat, Allah akan bagi jln dan kmudahan utk kita. Yg sy jelas nmpk spnjg umrah, walaupun kami berpenat dan adakalany rs susah mlyn anak yg byk ragam, wktu itulah saya istighfar n cpt2 doa dlm hati utk Allah gantikan semuanya dgn kemudahan ketika buat ibadah. Alhamdulillah, setiap kli mlyn anak n slps itu kami perlu mengerjakan ibadah, wktu tu juga Allah bgi anak tertidur lama. Waktu itulah kami pulun utk tawaf sunat, berihtikaf dan sbgnya. Ada hikmah knp Allah buat begitu. Seperti yg dijanjikan Allah sbyk dua kali dlm Surah Al-insyirah, "Setiap kesusahan itu pasti akan ada kmudahan." 

Kpd mereka yg plan bawa anak2 bersama utk umrah, bantu membantulah bersama suami isteri. Di sana kita tiada masa utk berehat2 dan bersenang lenang shj. Masa berjln amat pantas. Insyaallah, dgn izin Allah, kita dapat peroleh umrah yg mabrur.





No comments: