Monday, May 13, 2013

Tips Melancong ke Perth, Australia

Assalamualaikum,

Dah lama blog ni tak terusik... biasalah pasal bloggernye sgt bz..hehe. Alright, kali ni i nak update berkenaan trip ke Perth last month. Walaupun 5hari 4 malam (18-22 April 2013) and sgt kejap, tapi sempat juga la nak melayan jiwang msa berada di sana.

Why Perth??

First of all, let me get things straight. I mmg nak pergi Australia ni dah lama. al-maklumlah, aussie antara negara org putih yg agak dekat dgn malaysia selain new zealand. nak pulak, my younger sister baru2 ni enroll ke university di adelaide.. tapi yg tak bestnye, there is no air asia flight yg go direct to adelaide. so, atas nasihat parents yg marah i kacau my sister yg baru nak adapt dgn her first year study, i pun pilih la the western part of australia which is Perth. at least, belanjanya tidaklah semahal melbourne or sydney (ni sumber dari mulut orang la)..coz perth is more like country side..

Then, my collegue plak mmg baru balik dari sana and bgtau Perth antara tempat wajib utk visit if you plan to go to aussie. So, booking la flight ticket utk 3 orang, my dad, me and my sister (total around rm3.5k.... mmg tak dapat harga promotion coz kitorang book pun dah last min)



1st day (18 april)

So, first day ni i naik bus from ipoh to LCCT with my dad and sister yg tgh bercuti tunggu posting houseman. Bus gerak dalam 1pagi and kitorang sampai dalam 4pagi++. Sampai sana mmg breakfast mcm bersahur psl nak lapik perut dlm flight nnti. Our flight is at 8.50am.

Actually, masa perjalanan dari KL-Perth dalam 5jam. for ur info, waktu malaysia dgn perth sama. so, takda masalah nak tukar2 waktu jam kat tgn ni. cumanya, waktu tu tgh permulaan musim luruh (autumn)so..waktu siang agak singkat...and maghrib masuk agak awal.

Bila sampai sana, waktu dah pukul 2pm++. Then, kitorang decided naik Bus Shuttle a.k.a Perth Connect. http://www.perthairportconnect.com.au/  Ada kaunter bus di luar main entrance airport. Bus ni ala2 van... tapi luggage cabin mcm gerabak keretapi la lebih kurang. harga tiket ke bandar dlm 15aud/per person by shuttle.. if korang melancong sorang, sebenarnya mmg jimat if naik bus shuttle. pasal harga dia fix...berbanding taxi. Taxi kat sini ikut meter, lebeh kurang 40aud if nak ke bandar dari aiport.tapi depends kalau jam etc.tapi if ramai2..elok la naik taxi...psl harga akan jadi lebeh kurang aje.

Naik bus shuttle ni mmg bgi peluang kitorang meronda2 di sekeliling bandar coz dia akan hantar semua penumpang betul2 di depan hotel kita menginap. So, if korang betul2 nak jimat msa, elok la amik taxi. if u mmg nak budget and tak kisah ttg masa, u can actually take a public bus no.37. if tak silap, mat salleh yg bgtau i aritu..harga utk 1tiket dewasa tak sampai 10ringgit duit kita.tapi mmg mmg leceh psl kena naik bas shuttle dari international airport ke domestic airport pasal public bus tunggu di domestic airport.

And if you really wanna spend more than 1week kat sini, better sewa kereta terus, sangat berbaloi2... coz di perth, travelling to one place to another is very far. asalkan u tak pakai lesen terbang, u can just ask the infomartion counter at the airport for a rental car.

Selepas meronda2 dgn shuttle bus, kitorang sampai di Hotel Emperor's Crown agak lewat petang. Hotel ni terletak di Northbridge...near Art Museum.

Near Art Museum, Northbridge

So, agak jauh dari pusat bandar, tapi very peaceful place. Yg best hotel ni, it is just 5min-walk to Perth Railway Station. if nak jln ke pusat bandar pon... though it looks far, tapi jln kaki tak terasa sgt pun. We all sampai lewat di hotel pasal driver shuttle bus ni dok antaq orang yg dok betul2 tgh bandar. rasanya i dah kenal dah setiap nama street yg dia dah lalu. Masa tu my dad dah nampak penat dah..siannye. then, bila dah sampai tu, mmg semua terjelepok atas katil la.

Malam tu, my long-lost friend contact and invite kitorang mkn dinner kat rumah dia. Kwn i ni mmg dah 2tahun dok perth dgn husband n anak2. her husband kerja kat one of the banks in perth. Dapat la juga merasa nasi mlm tu..cumanya nasi tu nasi arab yg dibeli oleh husband nya di luar. pasal dia pun contact last minute, kitorang pun takda la plan nak minta dia bawakan jln2...coz it was school holiday and her family dah plan another family trip the next day to the other part of Australia.

Day 2

Mission hari ke-2 ialah nak melawat Caversham Wildlife Park di Whiteman's Park
http://www.whitemanpark.com.au/attractions/caversham-wildlife-park.aspx
The best spotting place for kangaroos...if korang betul2 nak tgk kangaroo yg meliar... this is the best place. coz tempat ni ala2 ladang penternakan (Farm) utk koala bears, kangaroos dan haiwan2 lain.  Cara nak pergi ialah naik train ke Bassedean, dan dari sana..ambik bus ke Ellen Brook (no.bus samada 36 atau 37...yg ni ada tertulis kat bus stop). If tak sure, sebelum naik..leh tanya driver bus.

Bus stop near Bassadean Railway Station:
Kawan baru dari UK


Bila dah sampai n turun dari bus n nampak pintu gerbang Whiteman Park, dont expect leh jln kaki.hehee.. coz, nak jalan masuk ke dalam sgt2 jauh. tempat dia pulak ala2 tanah tandus gitu.
The main gate 

So, sementara berehat jap...nasib baik ada 2org budak korea pun baru sampai and dia telefon driver van dari kaunter kat dalam Whiteman park utk ambilkan kitorang. No. telefon ada tertera kat tempat duduk tepi pintu gerbang tu. So, kitorang bersama students korea tu pon naik la van and berkenalan dgn bus driver yg agak kelakar dan loyar buruk named Mr David.

Sesi menunggu Mr David dgn kawan baru dari Korea



Caversham Wildlife Park (dalam Whiteman park)..Tiket utk dewasa ialah 24aud.

Kat sini yg bestnya dapat tgk binatang yg jarang ada di malaysia. Ada kangaroo, koala bear...and Ada juga binatang2 lain seperti kambing, ayam, Llama, arnab, lembu etc.. tapi yg best nye, kandang diorang sgt bersih and pekerja2 kat sini sgt friendly. Diorang akan sedaya upaya explain all the info we wanted to know.



Melepak jap di padang luas terbentang

Bermain2 dgn kangaroo terutamanya ALbino...
One of my students said, they go for white creatures! Haha.

Beramah mesra bersama keluarga yg hilang :p

Albino tetap menemaniku

The real Kangaroo's pocket..
mcm lubang jer. Anak kangaroo tgh sedap tidur
dalam kantung tu.. siap kaki pun terjulur keluar

Bersama kawan baru dari UK


Disebabkan terlampau seronok bermain dgn kangaroo... my sister and i terlepas the Farm Show and Molly show..haha. coz actually, during the show, we can actually feed the buffalo, Llamas etc..and ada juga sheep shearing.. haish, melepas tgk pekerja diorang cukur bulu kambing biri2... Diorang buat show ni 3 kali dalam satu hari...if dah lepas 10am show,,nak tunngu 1pm dan 3.30pm tu agak penat gak la...

So we decided to leave..

The next destination is Margaret Chocolate Factory. So, masa Mr David nak antar kitorang dgn van dia, i tanya dia samada kilang coklat tu dekat atau jauh. I cakap, i teringin nak pergi...and mcm ne caranya nak pergi, samada naik bus atau taxi...or boleh jln kaki. Dia beriya dok kata jauh and bagitau takda transport nak pi. So, i kata takpe la..mgkin dah takda rezki. Suddenly dia tanya i, "Does chocolate make you happy?"... i jwab la, "yes, very much. i love chocs".. then, dia xcakap apa2 n teruskan memandu. suddenly, i pelik dia suruh my dad yg dok sebelah dia fasten the seatbelt. then, dia dok menyembang tanya my dad pasal Tun Mahathir etc. He kept on driving and i dah rasa pelik... i ingat dia nak antar kitorang ke bus stop atau railway station terdekat..haha.. He was supposed to drop us kat pintu gerbang yg kitorang mula2 sampai, tapi lain plak jadinya. i pun tanya la kita ni nak ke mana. Dia gelak2 and suddenly dia belok and i ternampak sign board "Margaret Chocolate Factory".. Haha..bertuah punya mat salleh tua. dia hantar i ke kilang coklat rupanya. Dreams come true!!
Tak semua rupanya dapat peluang datang ke tempat ni except u drive sndiri dgn kereta sewa.

Mr David and Dad

Atas budi Mr David, akhirnya, tiba juga kitorang di Margaret River Chocolate Factory! Ni dia signboard diaa.... open 7days. 9am-5pm.

Margaret Chocolate Factory

Margaret chocolate factory ni terletak di Swan Valley.. http://www.chocolatefactory.com.au/
Kat sini juga terdapat ladang anggur, cherry dan sebgainya. Tapi since sekarang musim luruh, anggur semua belum berbuah lagi. Margaret river kat Swan valley ni mmg famous dgn pengeluaran wine. So, bila sampai di kilang coklat ni, kitorang pun hanya bergambar je la.. tak berani plak nak beli coklat kot2 dia letak wine/alkohol.

Ladang anggur kat belakang kilang coklat


Jom promote Coklat free!

Biskut2 coklat yg beraneka jenis


Sini mmg ada free choc tasting!! Sgt teruja tgk byk sgt coklat... tapi apakan daya, sabar je la. tak tau Halal atau tidak. So, i sempat duduk di cafe utk minum susu coklat yg mmg sgt sedap. Mula2 teragak2 juga nk beli..tapi bila tanya pekerja tu and dia bgtau tak ada animal base, i pon beli la 1liter and kitorang minum bertiga. that was actually our lunch..hehe :)

Susu coklat ni harga dalam 4dollar sebotol


Susu coklat di Margaret Chocolate Factory


Then, bila nak balik tu, siap mintak tlg pekerja kat situ tlg teponkan taxi..haha.
punye la baik pekerja dia.. layan kitorang dgn penuh hormat and tak lekang2 senyum.

kitorang mintak taxi hantar semula kitorang ke Bassadean railway station utk balik bandar. my dad tak abis2 kata kena balik hotel salin baju coz baju dia dah kena taik kangaroo...so, tak boleh nak solat.ehhehe...so, bila balik hotel, dah rasa sgt penat. selesai jamak zuhur asar, terus kitorang tertdo..bila bangun dah gelap and terus solat maghrib-isyak.

So, kitorang continue sleeping. Nampaknya hari ke-2 sempat pergi dua tempat aje.haha.



Day 3

Hari ni misi utk ke Fremantle. Hari ni juga mak kat malaysia call suruh antar barang2 my sister ke Adelaide. kitorang mmg dah bawa barang2 seperti sup bunjut, rempah kari n kurma etc. dari malaysia nak bagi pada my sister yg study adelaide tu. knonnya dia nak jmpa kitorang kat sini...tup2...tak jadi dtg psal tiket mahal. so, terpaksa la kitorang mencari pos office plak. So, coz taknak membazir masa utk trabel, kitorang plan post barang2 my sister ni after we come back from Fremantle.hehe.

Since destinasi nak ke Fremantle, for ur info...prgi ke Fremantle ni ada dua cara. Boleh naik train or taxi, atau naik river cruise/ferry kat Barrack Street. If naik tren, lagi cepat. Ambil masa dalam 20min n lebih murah. If nak berjiwang n berangan2..leh la naik river cruise/ferry yg harga dalam 20aud per person.

So, kitorang pergi dgn naik tren. sebelum tu dah bwa siap2 nasi putih yg dibeli kat restoran malaysia berdekatan. Bab2 mkn di perth ni, restoran halal agak senang nak cari, cuma agak boring psl bnyk makanan ala2 mediterannean mcm turki, lebanese etc. Masakan vietnam, cina, indonesia and malaysia ada juga... tapi harga gila2 mahal. Terkejut beruk i tgk harga kangkung belacan sepinggan lebeh kurang rm38. haha...

bila dah sampai Fremantle, tempat first yg dituju ialah E-Shed Market..tmpat2 souvenir. tempat ni dibuka hari jumaat-ahad sahaja..so, sapa yg teringin nak beli souvenir kat sini, dtg la weekend..hari2 lain ditutup.


Wishing tree at E-Shed Market, Fremantle


Di E-Shed Market, I beli barang2 kat satu tempat nama Aussin. Mmg agak murah berbanding tempat lain..ianya kepunyaan makcik Indonesia. Ada satu lagi tmpat yg nama dia Megabes tapi i tak jumpa tempat ni..yg ni singaporean chinese shop..dengarnya murah dan boleh tawar menawar.

Fremantle Post Office

Notre Dame University, Fremantle

Doing pHd here maybe??


Di Fremantle, tak lengkap if tak pergi merasa Fish n Chip yg famous. Ada dua tempat yg mmg sgt2 popular...iaitu Kaili's Fish n Chip dan juga Cicarello's. Pilih je mana u suka..tapi Kaili's ni ialah local favourite, yg cicarello's lebih kepada tourist fave. i try dua2...i pergi kaili dulu n makan situ..then singgah cicarello utk tapau seafood n chips.. kenyang sgt.


Kaili's Famous Fish N Chips

Menunggu Fish N Chips 

                                                                   Traditional Fish N Chips

                                                                          Cicarello's

Joe's Fish Shack


Then, bersiaar2 la dlm daerah Fremantle ni n bergambar. If nak bersantai, boleh ke Esplanade Park.. dari Cicarello's leh terus jln kaki. Kat sini kitorang solat di padang Esplanade. Sgt mendamaikan. If bersiar2 kat Fremantle ni, leh naik samada Blue CAT atau Red CAT.yg ni leh check kat bus stop, destinasi masa yg bas2 ni pergi. Kitorang sempat juga singgah di Fremantle market...kat sini ala2 Central Market kat KL...
Byk souvenir, pertunjukan silap mata dan nyanyian dari org2 tempatan. Agak enjoy la juga..


Bila dah agak ptg kitorang balik naik ferry.. mmg selesa and menikmati pemandagan dgn angin sepoi2 bahasa. Ferry ni agak mewah mcm cruise...so, harga dia pun agak mhl la..20aud..utk perjalanan yg singkat.haha. tapi nak merasa punya pasal.

Bila sampai bandar, nak cari post office pun satu hal.nasib baik masa lalu sebelah satu building mahkamah (Children's Court) kat Pier Street, sempat i tegur sorang lelaki bersut hitam persis peguam yg memegang mcm2 dokumen baru kuar dr pintu bangunan tu. Rupa2nya dia lawyer kat situ n mmg nak jln kaki ke post office. dia kata, "Why dont u follow me?" I pun apa lagi...ikut la dia sambil menyembang.My dad and sis pun ikut dari belakang. The lawyer then, dok puji kata i speak very excellent english.hahaa.. i told him i'm an English teacher, then..dia kata patut la... :p



Day 4

Our last day!! Hari ni nak check out... so, mmg kuar lambat sikit dlm 10am. we all tinggalkan luggage kat hotel.huhu... the next destination is King's Park,..antara tempat terindah di bandar Perth.


Nak pergi ke sini, boleh naik Blue CAT dari Barrack Street Jetty.. Tapi on the way ke situ, mcm biasa, we all akan jln depan Art Museum dulu..

Since it was sunday, mmg ramai la family datang bawa anak2 berjln2. What was really cool was... there was a Festival called O-Day Festival (10am-5pm), di Northbridge depan Art Museum tu. mcm2 stall dibuka...smpai nampak gerai murtabak malaysia.hehehe. sini lebih kepada festival utk kanak2... ada kuda ala2 sarkas, and mcm2 art and decoration kita leh take part.sesiapa yg visit most of the stalls and collect all the stamps, akan dapat reward samada magnet atau bag O-Day.

Street Snaps: one of the stall at O-Day Festival,
Northbridge

                                                           Northbridge O-Day Festival 2013

                                                                    The fun decoration

                                                       Baby boy at Northbridge O-Day

Since kitorang kena cepat sbb takut tak sempat ke King's Park, kitorang terpaksa tinggalkan O-Day festival and terus jln ke Barrack Street Jetty.

Sambil menunggu bas, bergambar sekejap di 
 Barrack Street Jetty

Dari Barrack Street Jetty, boleh naik Blue CAT and then turun di Mount Hospital. Tapi lepas tu kena jlan ke depan sikit..and belah kiri akan ada tangga yg ala2 Batu Cave.penat gak la naik... nk sampai king's park punya pasal. sini juga banyak org jogging turun naik tangga.haha.

Inilah tangga yg memenatkan tu. 
Dari atas nampak mcm Tembok Besar China.Haha.


King's Park is the best if nak picnic. Mmg cantik la pemandangan dia. Actually, ramai gila matsalleh yg berpicnic...and buat birthday party... coz kitorang pun dtg hari Ahad, so ramai yg memeriahkan aktiviti.


                                                 Berehat sekejap masa otw ke King's Park

                                                            Dad, my sister and I

                                                         Lambaian Lavender


Subhanallah, so beautiful!

                 
Dad performing solat at King's Park


Balik dari King's Park, kitorang pergi ke Harbour Town utk tgk2 barang kot ada yg berkenan. yg ni kena naik Blue CAT and Red CAT. if korang tak sure,leh tak tgk bus interchange yg ada kt bus stop.

Kat harbour town, barang2 ni byk made in China. takda apa yg best sgt. tutup pun dalam 5.30pm...kedai2 kat perth ni byk yg tutup awal. mlm dah takde apa sgt...so, kitorang mkn n minum di kedai kebab kat Harbour Town... nak kill the time.

Bila balik, sempat lagi singgah Murray Street souvenir shop, utk sambung beli souvenir kot2 ada berkenan. Sempat juga singgah Masjid di William Street utk solat. Kepada sesiapa yg berhajat nak pergi ke masjid ini, lamat masjid ni ialah: 427 Willian St. Perth WA 6000 Australia. +61 8 9328 8535.


Outside: Perth Mosque
Inside: Perth Mosque

Then, kitorang sampai semula di hotel dalam pukul 8pm..so, sempat la guna wifi berbyar kat hotel tu. ..coz 9pm bus shuttle akan ambil and hantar kitorang ke international aiport.

Shuttle bus to International Airport

Sampai airport dalam pukul 10lebeh..apal lagi, cari port yg sesuai utk tdo...zzzzzz...so, kitorang ambil satu row kerusi utk berbaring. risau gak if guide marah, tapi guide yg lalu-lalang kat situ buat tak tau je.haha.. so, kami meneruskan misi berbaring tdo di kerusi.. lagipun, org kat airport tak ramai..so, takda rasa guilty sgt.

First time dapat tidur di airport sebegini rupa. 
Takda sapa nak marah. The bed is mine! haha.


Yg terkezut..bila i bangun, tgk2 setiap row kerusi area tu penuh dgn matsalleh2 yg join kitorang tdo. Semua tdo sebelah menyebelah..and semua pakat amik 1 row, 1orang utk tdo.LOL.

How beautiful.

Day 5

Flight at 6.50am...lepas solat subuh 5am, terus masuk gate menunggu., tak sabar nak balik malaysia psal dah lapo nasi! haha..asyik makan kebab je mmg tak best.

Then, sampai KL dalam 12tgh hari...naik bas Starmart ke Ipoh kul 2pm....n tiba lebeh kurang 6pm pasal driver dia bawa slow giler.


Kesimpulan: Melancong di Perth mmg best....tapi amaran--> kita byk habis masa perjalanan coz dari satu tempat ke tempat lain agak berjauhan. so, sebelum anda pilih transport and hotel mana nak tinggal, better rancang perjalanan tu dulu ok. Selamat melancong!! :)

63 comments:

Niezam said...

Tak tahu pulak ada kangroo albino warna putih, bersih je :) Anyway nice travelogue..

Niezam said...
This comment has been removed by the author.
Ms Syakira said...

albino is cute like the visitor, rite

Unknown said...

hi saya orang baru dalam dunia blogger ni jom jenguk blog saya fadilafadh.blogspot.com tq :)

Unknown said...

Hi..nk tnya..kt caversham wildlife tu mmg sediakan bus utk pelancong ek? Ke kena booking dulu?

Ms Syakira said...

Fyza Lee, dkat Caversham tu takda bus tapi ada van utk pelancong. Bila dah sampai main gate, just call the van driver & and he will come to pick you up.

Nombor ada ditampal kat tepi main gate. Van sentiasa ada the whole day :)

FeliciaSantinaLeanne said...

hai..agak2 berapa erk perlu bawak duit utk gi kesana?
sebab next month ada office trip ke sana?

Ms Syakira said...

Felicia..

berapa hari nak ke sana? if dalam 3hari, rm1k utk shopping seorang dah cukup... haritu saya bawa rm1k tapi tak abis pon :p

Bagi saya, Perth takda apa yg best in term of shopping except souvenirs.Barang pun byk buatan China, Australian made agak mahal. Insyaallah, u will enjoy the place! Happy travelling,k.

amarifqi said...

Salam Ms Syakira,

I stumble blog ni masa search google. Memang rancang nak ke Perth end of the year. Nak tau camne immigration kat airport perth tu? ketat dan byk soal jawab tak?

Ms Syakira said...

Dear Amarifqi,

Salam...immigration kat Perth tu Ok je, insyaallah. Yg penting, just declare brg2 terutama makanan yg kita bawa mcm canned food (sardin etc), ubat2an etc masa atas flight n bawa ke kaunter immigration. Boleh juga list down semua ingredients dalam satu kertas n tunjuk pada dia -Nak mudahkan mat salleh tu check setiap satu barang yg kita bawa.

Enjoy your journey, ok. Fremantle is my fave. place :)

Ms Syakira said...

Oppss.. lupa pula. so far, takda la ketat sgt immigration tu..dia tanya sikit2 je. Just jawab and be honest tu them. If ada brg yg dia tak bg masuk, dia akan campak je masuk dustbin.hehehe...

Insyallah doa byk2.. supaya masa masuk tu semuanya lancar.

amarifqi said...

Thanks ms syakira for your info. Lagi satu pasal duit. I don't have credit card, Debit card or kat ATM kita yg ada Visa Electron rasanya boleh guna tak kat sana eh? Sebab tak berani bawak cash byk2.
Tapi kalau kita bawak cash, kena declare tak berapa byk kita ada?

Ms Syakira said...

Dear Amarifqi,

Ms Syakira pun tak pernah ada credit card.heheh... gamble je bila travel :P

Insyallah Debit Card n ATM boleh diaktifkan semasa di malaysia sebelum bertolak ke sana (Yg ni boleh refer pada orang bank). Tapi, masa kat sana, tak sempat try pun cucuk duit ATM coz duit yg bawa aritu dah cukup :)

Ms tak ingat sgt ada kena declare duit atau tak dlm form immigration. Rasa mcm takda. if ada, just declare and be honest :)

Percutian Pulau said...

tumpang tanya ya cik

kalau dari international airport nak ke domestic airport bagaimana caranya ya?

1. naik bas no brape?
2. harga tiket nya?

Ms Syakira said...

Percutian Pulau Tioman,

1. Naik bus shuttle (sorry, saya tak ingat no.berapa), tapi jgn risau.. bus sentiasa ada menunggu.

2. Harga tiket boleh refer pd information counter. Insyaallah tak mahal pon, dari international airport ke domestic takes about 7-10mins je.

amarifqi said...

Thanks again Ms Syakira. Really appreciate it.
Penjelasan yg sgt detail dan mudah difahami.

Nanti kalau ada lagi pertanyaan pasal Perth or traveling saya akan tanya Ms Syakira lagi in case you know the answers. Hope you don't get annoyed. Hehe.

Ms Syakira said...

Salam amarifqi,

Welcome. Ms syakira pun teringin nak ke sana if ada peluang sekali lagi. Btw, Enjoy your travel!! :)

amarifqi said...

Thanks :D

Sebelum gerak, Ms Syakira dah convert duit siap2 to Australian Dollar ke kat Money changer?

Ms Syakira said...

Yes, my dear.
Mesti lah kena convert :)
if tak convert, mcmne nak beli barang. Tapi nak convert kat sana pun boleh...tapi better buat sebelum pergi. takda la rushing sangt.

||alis|| said...

assalammualaikum teacher :)

Alhamdulillah jumpa n3 ni. sebab alis akan ke perth 4-10 sept ni inshaAllah.

mintak halal sebab ada jot down sket2 atas paper ni ha nak buat rujukan. kami pergi in group of 5 dan akan sewa mpv (liase secara terus bila dah smpai, takde booking2 pon) airport. harap semuanya dipermudahkan. amin.

masa pergi nanti inshaAllah spring baru nak menjengah.

tengok ms nulis ni macam relaks je, haha~

1st timer macam alis mmg akn kanchong kot :P

thanks again

salam.. :)

Ms Syakira said...

salam alis,

Insyaallah dimudahkan perjalanan di sana nanti, mmg boleh rent terus MPV di sana, lagi senang/mudah nak travel.

Enjoy your journey, do share your experiences after you come back!!! :)

Amirul Hafiz said...

salam saudari...

Saya nak tanya 3 soalan,

1. gadgets mcm handphone, laptop dan tab from malaysia boleh bawak tak ke australia? kena declare ke tak?

2. kalau bawak megi/dried food bolehkan?

3. Toiletries boleh bawak and kena declare tak?

thanks

Ms Syakira said...

Dear Amirul Hafiz,

1) Gadgets seperti hp, laptop etc boleh je bawa dan tak perlu declare. Hp elok dibawa..senang nak contact taxi.

2) Dried food/maggi takda masalah :)

3) Toiletries boleh bawa berapa byk pun, xperlu declare :)

amarifqi said...

Dear Ms Syakira,

Kita kena fill in incoming passenger card masa dlm flight kan?

Yang ruang contact details in Australia dan intended address in Australia, if I still dunno where I'm gonna stay boleh kosongkan tak? or kita dimestikan cari penempatan earlier sebelum sampai australia?

Thks (:

Ms Syakira said...

Dear Amarifqi,

Lebih elok letak address yg kita akan stay sebab itu details wajib yg kena ada. Secara lojik, mestilah kita dah ada plan utk menginap di mana bila kita dah naik flight, kan :)

Jika tak pasti, letak dlu address yg kemungkinan besar kita akan stay.Btter to book hotel earliear sebelum tiba Australia

amarifqi said...
This comment has been removed by the author.
amarifqi said...

Thanks for the advice, Ms Syakira.
I'll start looking for hotel there, sblum ni ingat nak main redah je dulu.

Btw, dlm reply post di atas sy ternmpk Ms Syakira mention bwk RM1k & tak habis berbelanja di sana. Murah2 ke expenses & brg2 kat sana? cos I tgk RM1k = 300+ dollar aus je.

Ms Syakira pernah tgk series Border Security Australia kat youtube? seram lak tgk Custom & immigration diorg very strict & suspicious... selongkar beg tunggang terbalik, cek duit,interrogate, dsb.
Ms Syakira ada baca doa apa2 ke dpt melepasi diorg smoothly? (:

Anonymous said...

Miss,

Electrical plug kat sana different ke from malaysia?

Ms Syakira said...

Dear Amarifqi,

1) we travelled 3 ppl, so, rm1k per person means (rm3k total).Duit hotel tu dah kira lain. hhehe.. rm1k tak habis sebab mkanan dah bawak dr m'sia, so, dapat la jimat sikit. i also shopping sikit2 je. Sebenarnya, brg2 masih lagi mahal tapi disebabkan i didnt buy much, dah dpt jimat kat situ. Beli bila perlu aje. Plus, transport mcm train pergi balik utk seorang mgkin dlm range rm10-25..bergantung kpd distance.

2) Tak pernah tgk pula tgk Security Aust kat youtube..hehe... alah, diorang tu saja je upload video mcmtu bagi org takut. As long as kita follow laws, insyaallah takda masalah. Miss ada juga baca doa.Doa Nabi Yunus dlm perut ikan paus (doa ni sesuai nak mohon allah swt mudahkan kita dalam segala kesulitan, xkira di mana kita berada). You may also google on the net.

Refer the Holy Quran, Surah Al-Anbiya', verse 87.


3) ANonymous,

Electric plug kat sana is dfferent from malaysia, better buy the international plug available at electrical store :)

Happy travelling!!!

Fyza said...

Sis,

nak pandangan sis psl isi borang declare dlm flight tu, i pegi berdua dgn cousin i. brg2 yg perlu declare (mcm maggi,dll) dlm beg my cousin, dlm beg i takde yg perlu declare, so i perlu tick jugak ada bwk makanan atau tak perlu? imigration/custom sana check kitorg asing-asing atau berdua sekali?

Ms Syakira said...

Dear Fyza,

Selalunya, if dtg secara berkumpulan/family, dia check sekali.It's your choice nak declare atau tak. Cuma if nak elakkan perkara tak diingini,it's better to tick/list down all the items in your declaration form. Nanti die tgk barg2 yg u and your cousin bawa :)

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


D-SIM said...

Salam kak.

Apply visa macam mana ea ?
Ikut pengalaman akak, sewa hotel semalam berapa ea ?

Thanks !

Ms Syakira said...

D-SIM,

apply visa pada agen pelancongan. dalam 3hari boleh siap..if tak silap, visa dlm rm40 per person.

Online visa is also available, can be retrieved within 1day..tpi yg ni tak pernah try.

Hotel depends what star. Dulu, i stayed at Emperor's Crown, Northbridge.. dlm rm200 satu malam. byk lagi pilihan hotel yg affordable. u may google be4 u book :)

Alia said...

Assalam sis. tumpang tnya nak pergi Fremantle by train brpe ye hrga tiket? and dr train stn, nk ke fremantle market or E-shed kna jalan kaki ke or ade CAT bus? thanks :)

Ms Syakira said...

Cant remember! tapi rasanya rm12 if tak silap...

E-shed dekat je..sebelah railway tapi kena jln dlm beberapa meter gak la. bus CAT ada je, if malas nak jln :)

Alia said...

okey. thank you sis. ad soalan lagi, nk masuk caversham tu, kan sis ad call driver kat dlm, ad dikenakan ape2 cas x? free je ke?sorry byk tnya.hehe. sy ad universiti trip ke perth. flight hari sabtu ni.sgt takut about financial kat sana. takut xcukup duit.hehe

Ms Syakira said...

Dear Alia,

University trip ke Perth? bestnya. which university are you from? Oh, call tu kena charge la if guna hp sendiri.tapi tak mahal sgt. Kat situ boleh call guna phone yg disediakan, tapi tak tau la nape masa tu problem.

Insyaallah,bole je berjimat :)

iamnorzi said...

Ms syakira thanks share best info , nak tanya ,sepanjang kat sana ada tak u all masak masa di dalam hotel. Sebab rancang nak pergi tapi ada 3 orang anak. if food mahal kat sana kena la masak di hotel gna rice cooker ke..

Ms Syakira said...

Dear Norzi,

we didnt have time to cook :(
bz travelling..and balik hotel dah rasa sgt letih utk masak. actually, in our hotel.. ada kitchen utk masak.. tapi share beramai2 dgn mat salleh etc.

Boleh juga masak if bawa rice cooker, cuma beras kena declare and i tak pasti boleh bawa masuk atau x.

Kitorang mkn sardin/canned food dgn nnasi aje. nasi putih byk kat kedai2 asian food, cuma i bekas kecil (ala2 mangkuk taufu-fa) cost dlm rm4.50 ssemangkuk.

actually, it can be considered cheap compared to korea. di korea, nasi puti rm12 per bowl.

Anonymous said...

i heard dat mr.david tu owner caversham wildlife.

Ms Syakira said...

anonymous..
tak tau la die owner atau just a driver..hehehe..

Shin Chan Comel said...

mr.david tu memang owner caversham wildlife park tu. memang peramah and very humble orangnya. mula2 ingatkan dia driver je..sekali lepas borak panjang, dia bagi businees card dia..sah dia owner tempat tu.

Ms Syakira said...

Oh ye ke...
kaya la die tu.
dia pon dah biasa dgn org malaysia..kan?

Percutian Pulau said...

Salam. Cik Syakira. thx kerana membalas komentar sy sblm ini. saya akan ke Perth Sabtu ini. Kalau naik Train turun kt bessendean kemudian naik bas, kerap x bas lalu utk ke ellenbrook?

siti said...

hi, kami ada menyediakan holiday bungalow dan car rental untuk guest yang ingin ke perth dengan harga yg berpatutan. sila sms or watsap saya 0123360098 tkasih

http://www.youtube.com/watch?v=_B4EbBRJth0

Ms Syakira said...

selalunya ada je bus...

Unknown said...

Assalamualaikum.. ms,how about time kt sane dgn msia ye ? Same or sini lebih cpt or sini lmbt ? Mcm confuse je.. tgk sis ke sane tringin sangattt rase nye... I.Allah ade rezeki saye pon nk ke sane...

Ira laila.. tq

Ms Syakira said...

Salam ira,

time dgn malaysia sama.
cuma waktu solat je berbeza.
nnati adik check je kat web tgk waktu solat & time.

Unknown said...

Terima kasih atas semua info, flight akk ke perth pd 22 jan, with my hsbn, semoga perjalanan dipermudahkan oleh Nya.. Perth Aku Datang..

Ms Syakira said...

Salam kak eliah,

insyaallah..
all the best, ye! enjoy the city!

traveller said...

Salam.just to share my wonderful experience.ive been to perth few times.dgn keluarga.tiap kali i pergi i mesti stay with mahira holiday homes.owner dia malaysian.rumah2 banglo mereka memang very well furnished and equipped. Diaorg ada car rental. Even they do organized private tour. Service memang excellent.anak owner ada disini.boleh contact 0123360098

Ms Syakira said...

Really traveller???
Thanks for sharing! senang la sikit kita2 dari malaysia ni nak melancong dan menginap :D

Anonymous said...

Waaaaa..very big thanx for the sharing..... leh p dfo kan....seronok nyopping....kalau travel jejauh sediakan list persediaan, bawak bag kecik2 je, sampai sana bole upgrade bag besau sbb bli barang banyaaakkk..ehehheh.... Salam perkenalan uoollss, meh visit page kami --> https://www.facebook.com/580234235365326/photos/a.606764476045635.1073741831.580234235365326/644153708973378/?type=1&theater

Unknown said...

salam, i dah selamat balik pun dr perth. i jadikan blog blog ke perth ni sebagai panduan hehehe.. yup i pun stay in mahira holiday homes and memang i setuju sgt2 yg service diaorg tip top. very good. professional and very efficient. so i thought i would like to share pasal service diaorg di blog2 ni hehehehe i tak kena bayar ye untuk advertise perkhidmatan diaorg tapi i terpanggil untuk advertise sebab service and penginapan diaorg memang thumb up. i am full board pakej diorg 5 days 4 nights with air ticket dan semuanya la. memang tak pening2 kepala. bawa duit nak belanje je.. and memang terrrbaikkkkkk

Bunga raya said...

Tq for ur info... I br je blk dr Perth. I jadiikan ur blog sebagai pandan.So far semua ya berjalan dgn lancer. Siap dapat jump Mr David lg.. Tq dear..

Ms Syakira said...

Bunga raya,
glad i could help!
Happy to know you enjoyed ur holday there..

:)

Izara said...

salam ms Syakira..
Sy nk mtk advice....sy akan ke Perth bersama suami, agaknyer lebih seronok travel ngan transport2 di sana atau lebih mudah dengan menyewa kereta???

Ms Syakira said...

Salam

If nk jimat ms n pndai guna gps...lbih enjoy guna kereta sewa.. sbb ade jg tmpt yg xde bus...n kita kna naik taxi.. Tp if nk merasa naik bus n tren..ok je jln sendiri... bergntung pd needs.

Unknown said...

salam. i dah pernah ke perth 4 kali alhamdullilah dan setiap kali i ke perth with family mesti stay kat mahira holiday homes. muslim malaysian owner. i baca rupanya memang dah ramai betul yg pernah menginap di tempat mereka dengan semua positive komen dan pujian. i tak kiralah bila ada yg kata boleh dapat harga yg lebih murah dari mahira. yg penting bagi i tempat dan services yg baik. memang patutlah kita byr apa yg kita dapat kan. dan i pun memang setuju dengan bloger2 lain..memang diaorg ni terlampau best la. baik jgn ckp la. especially uncle Shariff ( owner) , humble dan very helpful. anak dia lagi la..very efficient.. uruskan everything very well! start stay kat tmpt diaorg tahun 2010. memang very good la service ke rumah ke apa apa saja yg mereka tawarkan. then pada tahun 2012 my parents ni teruja sgt nak ke nz and then we found out mahira ni rupanya memang ada travel company di kl juga. so my parents pun engaged la dgn mereka. dan keputusan nya?? my parents balik je dari NZ terus tak sabar2 dah plan next trip to tmpt lain dengan mahira. mereka kata memang terlampau best dan pakej dan tempat yg mahira travels bawa sgt sgt menarik, lain dari travel agent lain.

so nak di jadikan cerita i pun ikutla trip mereka ke europe..terbukti memang bestttttttt!!! i memang highly recommend kan mahira ni. dah lah holiday bungalows pun sendir punya ( bukan broker untuk rumah org lain ye) masyaAllah seronok tgk org malaysia muslim yg berjaya. semogo mereka akan leboh sukses sebab they deserve it!!

boleh contact mahira holiday homes and car rental pty ltd / mahira travel and tours sdn bhd. tel 0123360098 /0362765610

just to share!!

Unknown said...

assalam. i terpanggil utk tulis comment kat sini. mulanya i baca2 blog2 berkenaan percutian perth ni. then i byk baca review ttg mahira travel and tours sdn bhd dan mahira holiday homes australia. so i pun enquire la kat mereka.
terperanjat juga sebab pukul 1030mlm pun dia sudi bagi i quotation and jawab soalan2 cepus emas i hehehehe memang sejak dari tu i rasa hati i made the right choice

dari mula i mintak quotation, sampai la buat dealing jadi ambil pakej dgn mahira ni i tgk dia sabar je layan karenah i hihihi ye lah bukan ape, i ni big group 26 org kena la banyak tanya kan. so dlm 5 - 6 company i tanya memang harga diaorg paling berpatutan. i pelik jugak la kan.. then baru i tahu mereka ni owner..rumah2 bungalow and company tu memang kepunyaan sendiri patutla harga berpatutan.kiranya mereka ni bukan la agent

sampai je perth..i dpt rasa pilihan i ni tepat la sebab dari airport pickup sampai lah ke penginapan, tour, makan (huhu makan jgan cakap la..memang marvellous superb) sampai la kitaorg semua balik memang puas hati sgt2..layanan memang terbaikkk

so i nak sharelah andaikata ada yg nak ke perth ambil la mahira ni..memang no regrets malah lepas ni kami semua memang tak mo la ikut travel company lain..sebab servis memang bagus! next year isyaAllah nak ke new zealand..cik siti ooo cik siti..hehehehe menjawap lah you nanti lagi dengan soalan2 cepus emas i :) hahaha

no contact mahira ni 0362765610 atau terus direct dengan owner 0123360098

redzamastura said...

Macam kenal ms syakira ni...dl sek rpk kan...

Ms Syakira said...

Yer.u pun ke