Monday, October 31, 2011

Bakal Penulis (Writer to-be)

Salam and hello semuanya! :)

Pagi ini makan sarapan pagi bersama kawan2 di satu gerai berdekatan. Sepinggan nasi lemak dgn lauk kari daging bersama ubi kentang hanya rm1.50. Saya juga memesan secawan teh o panas. Tak sangka juga harganya hanya rm0.50. So, belanja utk pagi ini hanya rm2.00. Sangat save budget kerana tadi makan juga agk kenyang dan tak perlu lagi mkn tengahari! :)

Di office, hidup agak membosankan. Maklumlah, cuti semester dan tiada pelajar. Sebenarnya, masih byk kerja yg harus disiapkan. Cuma mood masih belum ada. Skrang, saya perlu memotivasikan diri utk menyiapkan satu lagi projek bersama supervisor di USM. Insyaallah, if ada rezeki, dpt menulis dan terbitkan...n dapat la royalty.hehe!

Buat pengetahuan semua, ada satu lagi impian saya yg masih belum tercapai. Nak jadi seorang penulis novel yg berjaya. Skrang ni, saya tgk byk juga novel melayu yang laris di pasaran tapi kebanyakannya semua berkisarkan cinta. Maklumlah, zaman remaja..budak2 perempuan suka la kisah2 cinta. Teringat pula zaman sek.menengah bila dapat surat cinta dari budak dari sekolah lelaki. Kat sekolah saya dlu, semua pelajar sekolah perempuan. Jadi, ramai jugalah yang menggedik utk berkawan dgn mereka yang bersekolah lelaki. Yang ber'couple' lagi lah ramai tapi semuanya hangat2 tahi ayam. Sekejap putus dan ber'couple' dgn lelaki lain pula. Tgk2 zaman skrang, semuanya jumpa pasangan yang takda kena-mengena dgn lelaki yng mereka jumpa semasa sekolah.hehe!

Ada sekali saya berkongsi hasrat saya utk menulis novel kepada ayah dan ibu. Mereka sangat menyokong. Lagipun, masa sekolah dulu..mmg saya selalu menulis cerpen...dan sering memperoleh markah yg tinggi utk Kertas 2 Bahagian Esei. Manalah tau yg itu merupakan salah satu motivasi utk menceburkan diri dlm bidang penulisan. Novel di pasaran mmg byk..seperti cendawan tumbuh di musim hujan. Tapi yang berkualiti itu kurang. Kebanyakan penulis menulis utk mendapatkan perhatian remaja perempuan untk membeli dan menangis..dan mereka akan ambil wang royalty utk setiap jualan. Kadang2, bahasa yang digunakan juga bahasa pasar dan menggalakkan budak sekolah bercinta. Memang susah la jika begini. Harap2, byk la penulis yang menitikberatkan hal ini dan lebih byk menulis berkaitan cinta yang diselitkan dgn unsur agama.

Malah, moral di kalangan muda-mudi kita sekrang makin lama makin teruk. Masalah sosial merata2. Tak tau apa nak jadi zaman skrang. Biasa lah, dunia dah akhir zaman...mcm2 boleh berlaku. Tak dapat saya byangkan bagaimana nak membesarkan anak2 di zaman yng serba moden ini. Disebabkan itulah, perlu kahwin dgn lelaki yg soleh dan tak tinggal sembahyang 5waktu. Sya mmg pantang juga la sekiranya lelaki jenis tak endah bab2 smbahnyang ini. Apabila jadi ketua keluarga, kenalah pandai didik anak bini. Semoga Tuhan mengkabulkan permintaan hambaNya yang menginginkan suami soleh :) Orang kata, walaupun belum berkahwin atau ada anak..skarang la masa utk berdoa utk dapat anak yang baik2 dan mendengar kata. Insyaallah, anak2 saya yg kacak dan cantik nanti semuanya akan dididik dgn ilmu agama yg sempurna. Ini janji ibumu :)
* How i wish this blog still exists when i have my own children!

Sekian sahaja pada hari ini. Semoga kita bertemu di lain masa :)

7 comments:

Anonymous said...

entri yang bagus, dalam Bahasa Melayu..

Anonymous said...

why dont you apply for USM scholar'chip'?

Ms Syakira said...

Thnx!
ingat sy tak pndai berbahasa melayu kah? :P

i'm not interested in USM for PHD.

Anonymous said...

pandai... pandai.. kalau tak pandai tak jadi lecturer la kan..

So, phd di mana?

Old dwarf said...

waduh2...sudah berbahasa ibunda rupanya...lazimnya menulis dgn bahasa inggeris..awk nk tulis novel pasal apa??biasanya org akan tulis psl pengalaman yg mereka alami..tp...hmpir semua kisah zaman remaja kita adalah berkisar soal cinta..memang membosankan..apa kata awk tulis psl kehidupan menjadi lec..haha..xpnah ada org buat lg tuu..

awk lebih suka lelaki yg sudah sedia kala baik??tp kan..sy lebih suka prmpn yg ada kekurgn..disitu lah tmpt utk sy isi kekurgn tu dgn mendidik si dia..alhamdulillah..sy dah temui si dia..memang byk cabaran..tp cbrn tu yg buat kita rs hdup ni warna-warni..

ok..rsnya bilangan perkataan sy sudah melebihi 120 patah perkataan..boleh la dpt markah penuh ni..haha..

Sugar Lips said...

Wah, idea yang sangat bernas. Menulis novel remaja. Harap hasrat untuk ke arah itu dapat dicapai suatu hari nanti. :p

Ms Syakira said...

Putera Bongsu, saya nak laksanakan PHD di bumi Inggeris sekiranya ada rezeki.

Old Dwarf, awak seorang lelaki. Seorang lelaki perlulah mendidik seorang isteri. Alangkah bagusnya jika seorang isteri yg serba kekurangan mempunyai lelaki yg menjadi pembimbing di dunia akhirat.Jadi, jika ingin mengisi kekurangan seorang wanita, awk perlulah menjadi lelaki yg teguh imannya.

Sugar Lips, apa kata awak pun menulis sama? Teringt zaman sekolah yang kita sgt rajin menulis cerpen! :)