Wednesday, June 17, 2020

Pengalaman di Makkah bersama anak2 (Part 2)

Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 6jam dgn menaiki bas. Dlm bas, perjalanan kami diselangselikan dgn tazkirah drpd mutawif kami Ustaz Abd Rahman Daulay dan masa lapang kami juga diisi dgn talbiah, zikir dan selawat utk junjungan Rasul Nabi Muhammad SAW. Sugguh sayu rasanya setiap kali berselawat bersama ahli2 rombongan kerana kami bakal meninggalkan kota Madinah dan juga Rasulullah utk menjejakkan kaki di tempat kelahiran Baginda pula.


Perjalanan di dlm bas

Nasi Arab yg sgt sedap di RnR
     
Semasa dlm perjlnn ke Makkah, Ustaz juga mengingatkan kami utk berehat atau tidur dlm perjalanan utk mengelakkan keletihan setelah tiba di Makkah nanti. Ini adalah kerana, setelah berniat di miqat iaitu Bir Ali, kami akan diberikan masa 1jam shj utk check-in bilik hotel, ke tandas, tukar pampers anak etc sebelum berangkat mengerjakan tawaf. Semasa di dlm bas, ramai ahli rombongan yg agak keletihan kerana perjalanan yg agak jauh termasuk sy dan suami. Suami  sy mengambil peluang utk tidur manakala sy menjaga anak2. Anak2 di dlm bas ketika ini amatlah aktif dan tidak boleh duduk diam. Ada masa K hendak turun dari kerusi dan jln pusing2 dlm bas. Jadi, kenalah layan walaupun agak bimbang akan menganggu jemaah lain yg sdg beristirehat. Sesungguhnya sy cuma berharap yg anak2 akan keletihan sekejap lagi dan akan tidur apabila tiba di Makkah menjelang malam nanti.


Kami menginap di Millenium Hotel Towers (tapak Hilton lama) yg bangunannya bersambung dgn KFC dan juga shopping mall di sebelah bawahnya. Hotel hanya terletak 50m+ ke Masjidil Haram. Setelah check-in, kami bersama anak2 turun berkumpul di lobi hotel utk sama2 mengerjakan tawaf diketuai oleh Ustaz Abd Rahman. Bg rombongan kami, kami kurang bernasib baik kerana salah satu lif utama hotel rosak, jadi, ini menyebabkan perjlnn utk turun ke lobi mengambil lebih ms drpd biasa krn smua jemaah berkerumun utk menaiki lif yg sama.

Atas nasihat mutawif juga, ibu mertua yg sakit lutut diamanahkan kpd rakan ustaz yg mengendalikan jemaah yg berkerusi roda utk bertawaf di tingkat sebelah atas. Kami ikut serta tawaf bersama Ustaz memandangkan tidak mempunyai pengalaman melakukan umrah dan ini adalah umrah pertama kami.

Saat menjejakkn kaki di Masjidil Haram, mata saya mula kuyu kerana tidak cukup rehat. Hampir terlelap saya ketika berjln bersama rombongan. Ustaz mengajak kami berhenti minum Air Zamzam sebelum turun ke Kaabah. K yg dikendong di belakang tiba2 meragam.  Saya terpaksa menukarkan baby carrier utk K duduk di bhgn depan. Syukur dia tidak lagi meragam n terus tidur. Alhamdulilah syukur kerana apabila K tidur dgn lena, sy dpt menunaikan tawaf dan saie dgn lancar dan mudah sekali. Ada hikmah rupanya kenapa Allah jadikan anak2 begitu aktif semasa kami dlm bas. Rupanya nk mudahkan sy buat ibadat. Subhanallah!



Bergambar kenangan di depan Kaabah



Selesai umrah pertama, kami pulang ke bilik hotel dan terus tidur. Begitu penat rasanya pada hari pertama. Mgkin kerana perjlnn dari Madinah sejak tgh hari tanpa rehat dan tidur yg cukup membuatkan kami keletihan. 

Keesokan paginya, kami turun bersarapan di hotel. Hari kedua kami diisi dgn solat di Masjidil Haram shj. Saya juga sempat melakukam Tawaf Sunat bersama anak2. Tiada aktiviti ziarah dan sbgainya. Kami juga mengambil kesempatan utk ke Bin Dawood di dlm shopping mall utk mmbeli sedikit makanan ringan, susu kotak, coklat dan sbgainya.  Sy juga sempat membeli KFC Arab utk mencuba, tetapi hrganya berganda mahal drpd Malaysia. 


Saya wajib beli susu kotak utk bekalan Kalsium. Lgpun, K masih menyusu badan. Harga murah shj.. Hanya 1riyal..(dlm RM1) 


Hari ke-3 di Makkah, kami dijadualkan utk menunaikan umrah kedua. Sebelum itu, ahli rombongan berkumpul di lobi pd waktu pagi kerana ada aktiviti ziarah. Kami dibawa oleh ustaz melawat Arafah dan melihat tempat2 yg bakal dihuni oleh jemaah Haji.  Kami juga berkesempatan ke Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam A. S dan isterinya, Hawa setelah diturunkan dri syurga. Di sinilah juga tempat di mna Rasulullah menerima wahyu yg terakhir sebelum Baginda wafat. 

Jabal Rahmah (Mount of Mercy) atau digelar Bukit Kasih Sayang juga dikatakan tempat mustajab utk doa jodoh dan peetemuan. Kpd ahli keluarga dan sahabat yg memohon doa jodoh, insyaallah telah saya doakan semuanya. 






Seterusnya, kami berniat di miqat dan balik ke hotel utk meneruskan umrah kali ke-2. Kali ini, abg ipar membawa ibu mertua ikut serta turun bersama rombongan utk tawaf di kwsn Kaabah. Rezeki ibu mertua jg krn dibenarkan pengawal keselamatan utk turun berkerusi roda krn dr segi peraturan, mereka yg berkerusi roda hanya dibenarkan tawaf di tingkat atas. Namun, keadaan yg sesak di kwsn Kaabah menyebabkan agak sukar berkerusi roda kerana terpksa berhati2 dan takut terlanggar kaki mereka yg sdg bertawaf. Mgkin disebabkan itulah, pihak keselamatan Masjidil Haram tidak mmbenarkan penggunaannya di kwsn Kaabah. 

Umrah kali kedua agak mencabar kerana kami bertawaf dlm panas terik. Syukur kedua anak tidur dan memudahkan kami utk bertawaf. Cuma, wktu pusingan ke-7 Fateh bangun menangis dan meronta2 utk turun. Kami hanya terus bertawaf tidak mempedulikan tangisannya memandangkan sudah hampir ke penamat. Setelah habis tawaf, tangisan F makin kuat dan kami pun terpkasa tukar anak yg dikendong. Kali ini, F naik bersama saya manakala K dgn suami. Kami juga meneruskan Saie bersama rombongan. 

Ketika itu, azan Asar berkumandang. Mutawif mengingatkan kami setelah azan, saie akan dihentikan seketika dan jemaah akan terus mengerjakan solat di tapak Saie. Wuduk boleh diambil dgn botol spray yg dibawa ataupun air zamzam yg berdekatan. Selesai solat Asar, kami meneruskan perjalanan Saie dan pulang ke hotel. Sesungguhnya, kepenatan yg dialami melambangkan betul2 penyucian jiwa. Betapa kerdil rasanya perjuangan umrah ini dibandingkan perjuangan Rasulullah yg terdahulu. 

Hari berikutnya, kami berziarah di Thoif yg merupakan salah satu tempat dakwah Rasulullah. Tempat ini adalah kwsn tanah tinggi seperti Cameron Highlands...agak sejuk dan terdpt pelbagai tanaman buah2an dan bunga ros yg ditanam di sini. Kami diberi peluang melawat kilang minyak wangi dan taman bunga ros. Sy turut membeli dua botol minyak wangi Ros dan sabun kecantikan. 

Kilang bunga Ros

Taman Bunga Ros


Minyak wangi Ros

Sabun kecantikan

Buah2an Mediterranean 

Tembikai susu dan delima
Antara hasil tangkapan, Buah Teen segar


Kami juga dibawa Ustaz utk singgah makan Nasi Arab Thoif Lamb Mandy yg sgt sedap bersama hidangan Kunafeh, sejenis dessert Arab cheese yg sgt lazat. Namun, sy tidak sempat utk merakam byk gambar memandangkan K byk meragam sewaktu menunggu dan juga ketika makan. 

Nasi Arab Mandy di Thoif


Dessert Kunafeh



Pada hari yg sama, jemaah yg berminat utk melaksanakan umrah ketiga boleh lah berniat di miqat sebelum tiba di Makkah. Hari itu, sy dan suami hanya melaksanakan Tawaf Sunat. 

Melaksanakan Tawaf Sunat secara solo kerana bergilir dgn suami menjaga anak di hotel


Keesokan harinya, sebelum menunaikan umrah ke-3 dan yg ke-4 bagi sesetgh orang, kami berpeluang berziarah dan melawat Pameran "The Two Holy Mosques Architecture". Pelbagai maklumat menarik dan senibina MasjidilHaram dan Masjid Nabawi dipamerkan di sini. 






Pada mlmnya pula, ahli rombongan telah meminta bantuan ustaz utk mmbawa kami ke tempat2 mustajab berdoa. Alhamdulilah, Ustaz telah bwa kami ke beberapa tmpt mustajab utk berdoa dan solat seperti Multazam, Hijr Ismail, tapak Makam Ibrahim yg asal, tapak di mana Rasullullah belajar solat bersama Jibril etc. Mmg jemaah sgt ramai, tp dgn bantuan Ustaz dan izin Allah, kami dpt menyelinap masuk dan menyentuh Kaabah utk berdoa. Mulanya, kami tidak yakin bagaimana utk ke sana krn ada anak2 bersama. Mmg agak berbahaya utk solat di hijr ismail, apatah lg utk letak anak di bawah semasa sujud. Ianya ibarat Rawdhah kedua, tetapi lebih hebat berebut krana lelaki dan perempuan smuanya solat di tempat yg sama.

Jadi, ustaz bgtau kami supaya jgn risau krn dia akan bw jemaah lelaki dan wanita scara bergilir πŸ˜„. Jadi, saya dan suami boleh bergilir mnjaga anak.  Suami pun pergi la bersama ustaz dahulu, dan sy tunggu brsama jemaah wanita yg lain. Apabila tba giliran wanita, saya tinggalkn anak2 dgn suami. Bg lelaki yg dh prgi dgn ustaz dan yakin utk bawa isteri pula, mereka akan pergi sendiri bw isteri.. Dan yg lainnya, ikut ustaz. 

Alhamdulillah, syukur dimudahkan semuanya. Bersyukur juga sbb dikurniakan kwn2 yg supportive dn baik belaka.



Bersama mutawif kami

Bersama salah seorg sahabat dlm rombongan

Berdoa sambil menyentuh Kaabah

Di bukit Safa

F di depan Kaabah

Sepanjang di Makkah juga, anak2 sgt suka dgn Roti arab dan Pizza Arab. Dua kali kami membeli Pizza dri shopping mall di bawah hotel. Kalau anda semua nak try Pizza, boleh cuba masuk ke shopping mall di pintu berdekatan KFC. Kedainya tak jauh tetapi kena jln beberapa tapak ke bhgn dlm. Di tepi kaki lima di luar hotel juga terdapat pelbagai gerai yg menjual Kebab yg lazat.  Terdapat juga gerai kebab yg menawarkan sedekah utk fakir miskin dan golongan yg yg kurang berkemampuan. Sesiapa shj boleh sedekah dan mengamanahkan pekerja Kebab utk memasak dan mengagihkan sedekah Kebab dan minuman kpd mereka yg memerlukan. Saya dan suami tidak melepaskan peluang utk turutserta bersedekah. Ramai sungguh mereka yg beratur mengambil makanan. 

Kami juga sempat mkn aiskrim Arab yg dikatakan famous itu. Aiskrim tersebut adalah ala2 soft ice cream yg lembut digigit dan cair di mulut. Sedap tetapi agak manis utk saya.




Hari terakhir kami di Makkah byk diisi dgn beriktikaf di masjid. Sy jg melaksanakan Tawaf Sunat scara bergilir dgn suami krn tidak mahu kejut anak2 yg tidur di hotel. Saya dan suami juga sempat ke Hijr Ismail sekali lagi utk bersolat dan berdoa buat kali terakhir. Kami juga berpeluang menyentuh Kaabah sekali lagi. Syukur Allah mudahkan perjalanan ibadat kami. Penat tetapi puas ❤️

Sebelum meninggalkan Makkah, kami menunaikan Tawaf Widak (tawaf selamat tinggal) dgn mmbawa anak2 bersama. Sebelum itu, kami telah bersiap sedia mengemas brg2, mandi dan menukar pampers anak terlebih dahulu sblm turun ke Masjidil Haram utk solat Subuh. Ini adalah krn selepas tawaf, syaratnya ialah perlu meninggalkan bilik hotel secepat mgkin dan tidak lagi beristirehat/tidur di bilik hotel. 


Oleh itu, Ustaz telah menasihatkan ahli rombongan utk bertawaf utk beberapa pusingan lebih awal sblm Subuh, dan sambung bilangan yg belum selesai selepas solat Subuh utk mengelakkan kesesakan ketika Tawaf. Namun, apakan daya. Menguruskan kain baju, brg2 dan anak2 agak mengambil masa dan kami tiada pilihan melainkan tetap menunaikan Tawaf Widak selepas subuh juga. Memang betul kata Ustaz. Selepas kami solat Subuh di Masjidil Haram, jemaah sgt sesak mengerjakan Tawaf. Kami berhimpit2 dan perjalanan tawaf sgt perlahan. Kami hanya berdoa supaya anak2 tidak meragam dan kami dapat selesaikan secepat mgkin supaya tidak menyebabkn jemaah lain menunggu kami utk berangkat ke lapangan terbang. 

Alhamdulillah Tawaf Widak selesai walaupun keadaan sedikit kelam kabut pagi itu. Kami berkumpul di lobi dan menunggu arahan ustaz utk menaiki bas ke lapangan terbang. Alhamdulillah smuanya berjln lancar sehingga kami pulang dan tiba di tanah air pada pagi Subuh 27hb April, 2019.

Setelah tiba di KLIA, kami ke TuneHotel utk berehat beberapa jam sebelum mengambil flight seterusnya utk pulang ke Kuantan (rmh ibu mertua) terlebih dahulu. Ketibaan kami di Tune Hotel disambut oleh keluarga PakSu saya. Sy sempat memberikan Paksu sebotol kecil air zamzam dan juga buah teen segar yg dibeli dari Thoif sebagai buah tangan, terutama utk sepupu kecil kesygn, Zarif. 

Kauthar ketawa girang tiba KLIA. Dia mengamuk punya lama dlm flight. Mungkin rimas dan letihπŸ˜…✈️

Wajah ceria

Bersama Paksu, Maksu, Hairi dan Zarif



Akhir kata, pengalaman umrah bersama suami, anak2 dan keluarga mertua adalah pengalaman yg paling berharga yg tidak akan saya lupakan. Sesungguhnya, ada kemanisan di sebalik ujian yg dtg. Sy sgt bersyukur dikurnikan seorg suami yg menjadi tulang belakang, teman umrah, sahabat sejati yg sentiasa bersama saya waktu susah senang.  

Walaupun kami byk buat strategi dan bahagikan tugas utk jaga anak ketika umrah, perjalanan umrah ini tidak akan berjln lancar sekiranya tiada bantuan dari Allah tiada krjasama antara suami isteri. Suami saya banyak berkorban utk memudahkan saya terutama dari segi basuh kencing berak anak atas flight/mandi anak dan juga basuh baju di hotel. Di Makkah, kami tidak hantar Dobi seperti di Madinah kerana kekangan masa. Namun, suami sayalah yg membasuh baju dan suami telah bawa pengering baju yg dibeli online dari Malaysia utk memudahkan kerja. Di pihak saya, saya mandikan anak sekali sekala shj krn suami tahu sekiranya sy buat semuanya tanpa dibantu, sy mgkn tidak akn dpt rehat dan akan kelesuan ketika beribadah. 

Tenaga fizikal dan mental yg kuat sgt penting dlm ibadat Tawaf dan Saie bersama anak2. Malah, Kauthaar juga masih menyusu badan dan ianya menambahkan lagi komitmen dan kepenatan. Jadi... Sekiranya anak tidak tidur, sya akan beri oeluang kpd suami pula berehat.

Apabila hati cekal n niat utk beribadah tu kuat, Allah akan bagi jln dan kmudahan utk kita. Yg sy jelas nmpk spnjg umrah, walaupun kami berpenat dan adakalany rs susah mlyn anak yg byk ragam, wktu itulah saya istighfar n cpt2 doa dlm hati utk Allah gantikan semuanya dgn kemudahan ketika buat ibadah. Alhamdulillah, setiap kli mlyn anak n slps itu kami perlu mengerjakan ibadah, wktu tu juga Allah bgi anak tertidur lama. Waktu itulah kami pulun utk tawaf sunat, berihtikaf dan sbgnya. Ada hikmah knp Allah buat begitu. Seperti yg dijanjikan Allah sbyk dua kali dlm Surah Al-insyirah, "Setiap kesusahan itu pasti akan ada kmudahan." 

Kpd mereka yg plan bawa anak2 bersama utk umrah, bantu membantulah bersama suami isteri. Di sana kita tiada masa utk berehat2 dan bersenang lenang shj. Masa berjln amat pantas. Insyaallah, dgn izin Allah, kita dapat peroleh umrah yg mabrur.





Monday, December 2, 2019

Umrah bersama Anak2 Kecil (April, 2019) - Part 1

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhmdulillah atas rezeki yg dikurniakan oleh Allah swt kerana diberi pluang utk menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Makkah pada 16-27hb April 2019 (lebih kurg 12hari). Penerbangan kami diuruskan oleh agensi Andalusia dan kami mendarat di Madinah terlebih dahulu sebelum ke Makkah. Pada mulanya, hanya suami yg bercdg utk pergi kerana ingin menemani ibunya tetapi siapa sangka, Allah jemput saya dan anak2 utk pergi bersama.

Sbenarnya, sudah lama benar hasrat utk sy ke umrah tergendala. Dulu semasa sy masih bujang, arwah ibu  sy dan juga bapa pernah meminta sy menemani mereka pd Jun 2012,  tp malangnya, jadual kerja sy sbg pensyarah ketika itu sgt sibuk dan tarikh umrah pula tidak dpt diubah pd wkt cuti semester atas sbb2 yg tidak dpt dielakkan. Jadi, rezeki berpihak kpd adik perempuan sy (no. 4) yg baru shj  tamat pengajian matriks.  Alhamdulillah, amanah Allah telah disempurnakan sebaiknya oleh adik sy utk menemani arwah ibu sy di Baitullah dan masjid Nabawi. Mgkin rezeki sy Allah tuliskan utk pergi bersama suami dan ibu mertua slps 7tahun kemudian
πŸ™‚

Ketika kami mrnjejakkan kaki di kota Suci Makkah dan Madinah, anak sy yg sulung, Fateh br shj berumur 3tahun 8bln manakala adik perempuannya, Kauthar 1tahun 5bln yg masih menyusu bdn. Apa yg meyakinkan sy ketika itu utk mmbawa mereka bersama menunaikan umrah adalah krna, saya, suami dan anak2 baru shj pulang dari Osaka, Jepun pada November 2018.. Dan dlm ms yg sama, kepayahan berjln kaki dan melayani ragam anak selama 7hari di sana kami gunakan sbgai kayu ukur utk memasang niat melakukan ibadah bersama anak2 kecil.

Berikut adalah item/persediaan/keperluaan anak2:

1. Ubat-ubatan. Ini adalah perkara wajib utk anak2. Sewaktu hari nk bertolak dr KLIA- Medinah, Kauthar dah 4hari demam. Alhmdulillah keadaan beransur pulih sbb doktor dah bekalkn mcm2 ubat termasuk antibiotik utk K.

2. Termometer. Ini pun wajib sbb kita nk check suhu anak bila travel.

3. Mainan bdk. Kami sdiakan mcm2 mainan sperti flash cards, stickers, coloring books etc nak bagi anak2 busy dlm flight.

4. Biskut2. In case anak2 ada fave snacks dan xmahu mkn mknn yg disediakan dlm flight.

5. Video yg sudah didownload dlm hp/ipad. Ini jln terakhir sekiranya anak2 sudah bosan dan nk tgk youtube.


Alhamdullillah, pihak MAS sediakan bassinet utk K utk memudahkan kami. Jadi, bila dia tidur dlm pelukan sy, sy akan letakkan dia dlm bassinet supaya dpt merehatkan tgn. Maklumlah, kita pun kena rehat. Cuma prjlnn yg jauh membuatkn K tidak selesa dan dia berterusan menangis spnjg perjlnn. Sblm ini, K seorg bdk yg sgt happy-go-lucky dan tak mudah menangis dlm flight. Tp apakn daya, Allah nk uji tahap ksbrn kita agakny. Sy hanya mampu berzikir dan bersabar setiap kali dia meraung dlm flight.

 Bersama ibu mertua, suami dan anak2 ketika baru masuk flight


 Fateh bersama Papa


 K tidur dlm bassinet. Alhamdulillah, sgt selesa



Baru tiba di Madinah

Wajah2 ceria walaupun sebelum tu K menangis lama dalam flight. Hehe. 


PENGALAMAN DI MADINAH 

Mlm pertama kami di Madinah agak memenatkan krn proses menunggu luggage yg lama di airport, pemeriksaan imigresen dan perjlnn ke hotel dgn bas di samping menunggu giliran mengangkat brg2 menaiki lif. Kami ditempatkan di hotel Mawaddah al Waha yg jaraknnya lebih kurang 150m+ dari masjid Nabawi. Alhamdullillah, anak2 tidak meragam dan kami solat di bilik hotel dan terus tidur. Keesokannya, slps sarapan pagi, kami telah diingatkan oleh mutawif utk turun berkumpul di lobi kerana mutawif dan mutawifah akan membawa kami ke masjid Nabawi dan seterusnya utk jemaah wanita, mutawifah akan 'guide' kami ke Rawdhah. 

Pagi itu, selesai Subuh, sy turun bergilir dgn suami utk bersarapan. Anak2 di bilik masih tidur dan kami sengaja tidak kejutkan mereka. Sesudah keduanya ditukar pampers, sy dan suami masing2 mengendong anak utk mendengar taklimat dr mutawwif dan mutawiffah. Suami akan bw F ke masjid bersama abg ipar manakala saya bersama K mengikuti rombongan wanita bersama ibu mertua dan biras serta anaknya. 


Bersama biras, Kak Emi semasa menunggu giliran masuk ke Rawdhah


Bersama K. Alhmdulilah, ceria sungguh dia walaupun menunggu hampir 3jam 


Bersama Kak Emi dan ibu mertua


Keadaan di pintu masuk Rawdhah 


Ketika menunggu giliran masuk Rawdhah, sy hanya mampu berdoa supaya K tidak meragam. Sy hanya biarkan dia bermain2 dlm kwsn masjid dgn sepupu lelakinya, Ammar (anak Kak Emi).  Kami akan bergerak sedikit demi sdikit ke kawasan masuk ke Rawdhah mengikut arahan drpd Ustazah (mutawifah). Smbil berzikir, sambil itu juga sy mengejar2 K krn ada masanya, dia akan bergerak dan berlari2 ke kumpulan rombongan lain. Takut juga sy kalau dia hilang. Letihnya hanya Allah shj yg tahu. Maklumlah, anak sdg aktif. Di kala jemaah lain duduk, ketika itu sy akan duduk bangun mengejar anak. Sy percaya, Allah bagi kesusahan sekejap sbb mgkin ada hikmah lain Allah nk bagi sekejap lagi. 

Apabila pintu Rawdhah dibuka utk rombongan kami, mutawiffah dan Mak Guide Arab mengarahkan mrk yg mmpunyai anak kecil utk masuk dahulu. Subhanallah! Allah mudahkan sy, Kak Emi dan juga ibu mertua utk masuk terlebih dahulu. Sesungguhnya, sy tahu itulah hikmah yg Allah nak bagi setelah berpenat mengejar anak sblm ini. Apabila masuk, sy agak panik krn org begitu ramai dan berhimpit shingga kami tiada langsung ruang utk solat. Apatah lagi nak letak anak di ruang solat swktu sujud! Namun, sy tetapkan hati. Sy solat smbil mendukung K. K terlena dlm dakapan mgkin krn letih berlari n bermain sblm itu. Alhamdulillah, swktu sy solat dan ingin sujud, ketika itu juga jemaah dpn saya bangun keluar memberi sy ruang utk letakkan K di dpn sy ketika sujud. Ya allah.. Sesungguhny nikmat mana yg Engkau dustakan?  Sy bersyukur krn dpt solat dan berdoa sbyk mgkin. Tak sangka sy Allah tidurkn K dgn lena sekali, di mna ia memudahkn sy utk solat dan berdoa. 


Suami bersama F di masjid Nabawi dan melawat perkuburan Baqi ketika kami ke Rawdhah. 



Ptg itu kami shopping sedikit slps solat Asar jemaah di masjid



Hari2 di Madinah byk diisi dgn solat jemaah dan sunat di masjid. Selalunya, sy akan bergilir bersama suami utk turun ke masjid ataupun kami akan turun beramai2 dan sy akn bw K bersama sy manakala F akn bersama suami. Sy selalu berpakat dgn suami krn walaupun mgkin kedua2 kami xdpt berjemaah di masjid setiap wktu, sekurg2nya salah seorg akan berusaha utk ke masjid. Memandangkn ibu mertua jg tak dpt berulang alik selalu ke masjid krn sakit lutut dan adakalanya Kak Emi perlukan rehat di biliknya, sy byk bergerak sendiri ke masjid sekiranya perlu. Bagi sy, sekiranya jarak dr hotel ke masjid adalah dekat, tidak timbul isu utk takut jln seorg kerana insyaallah selamat dan akan sentiasa ramai jemaah yg sama2 turun utk ke masjid.

Berkenaan kain baju, kami hantar shj Dobi pd hari ke-3 di Madinah, memandangkan masa yg agak terhad utk membasuh baju. Mklumlah, travel brsma anak kcil ke sini xsama dgn travel scara solo. Nk bsuh bju pun xsempt sbb nk kejar ms ke masjid n urus ragam anak2 yg kdg bergaduh n menangis brgntung pd mood. Baju2 kami diuruskn oleh staf Housekeeping bernama Hassan. Katanya, baju2 akan diuruskn oleh Dobi dari luar n dia jd org tgh shj tp kami tidak kisah krn byrn brdasarkn timbang.. 1kg dlm 10riyal dan baju kami tidaklah byk mna. Sekadar nk pstikn kain telekung, baju2 anak bersih n kering utk dibawa ke Makkah di kemudian hari.



Di ladang kurma, Madinah pd hari kedua


Family photo



Melawat Bukit Uhud



Di Bukit Uhud



Di perkuburan para Syuhada', Bukit Uhud


Mlm kedua di Madinah, suami solat maghrib dan isyak di masjid krn belum berkesempatan utk ke Rawdhah. Walaupun peluang jemaah lelaki utk ke Rawdhah lebih tinggi drpd wanita krn pintu sentiasa dibuka setiap masa utk jemaah lelaki (kerana wanita boleh melawt Rawdh pd waktu selepas subuh & isyak shj), keadaan yg ramai berpusu2 dan pintu ditutup ketika masuk waktu solat fardhu menyebabkn suami tiada rezeki dan tidak dpt2 msk ke Rawdhah seblm itu, lebih2 lagi ketika membawa anak kami F bersama. Maklumlah, budak2 mula bosan dan merengek krn tak larat menunggu lama. Disebabkan itu, mlm itu suami bercdg pergi seorg diri  tanpa F manakala saya jaga anak2 di bilik hotel. 

Alhamdulillah, Allah mudahkan utk suami mlm itu ke Rawdhah utk solat dan berdoa. Apabila suami balik dan mendapati anak2 sudah tidur, sy meminta izin utk ke masjid utk solat di sana dan sekiranya ada rezeki, sy bgtahu suami, sy ingin pergi lagi ke Rawdhah. Sy beritahu mak mertua dan Kak Emi, tetapi mereka baru pulang solat Isyak di masjid, dan kata mereka jemaah terlampau ramai dan mereka tidak jadi ke Rawdhah. 

Sy bersiap2 dan berniat utk pergi seorg diri. Alhamdullillah, sy sempat mendirikan solat sunat, mmbaca Quran dan berzikir di masjid Nabawi sblm pintu Rawdhah dibuka. Lebih kurang 1jam menunggu, Allah mudahkan sy utk melawat Rawdhah kali kedua - seorg diri tanpa anak2. Subhanallah - betapa kita apabila bersendirian lebih mudah utk menumpahkan air mata. Betapa tawakal kita hanya pada Allah swt. 

Mlm itu juga sy berkenalan dgn seorg makcik berasal dari N9 tapi menetap di Kedah bernama Makcik Rozita. Kami bertemu di pintu Rawdhah, dan dia baru pertama kali smpi di situ. Rezeki Allah pertemukan kami. Ketika org  ramai bertolak2 masuk, sy bersama Makcik Rozita sama2 berpegang tgn utk sama2 masuk krn begitu ramai org yg berebut dan merempuh masuk. Alhamdullillah, kami dpt solat di saf pertama Rawdhah dan berdoa2 sepuas2nya ❤️πŸ’•


Tidak sangka itu pertama kali kami jumpa dan tak pernah terserempak langsung di Madinah dan Mekah selepas itu tp sempat ambil no telefon utk berhubung


 Malam ketiga, sy diberi peluang utk ke Rawdhah sekali lagi bersama ibu mertua dan Kak Emi. Suami dan abg ipar menjaga anak masing2.

Ibu mertua seorg ibu tunggal dan hanya dikurniakan 2org anak lelaki 


Jadi, kami menantu yg menemaninya ke Rawdhah

Hari2 terakhir di Madinah




Alhamdullillah atas pengalaman yg sgt berharga ini. Sesungguhnya, membawa anak2 kecil sgt mencabar tetapi kita perlu sentiasa berusaha utk mengatasinya dgn berfikir positif dan tidak cepat marah sekiranya mereka buat perangai. Sentiasa ingt pd Allah bahwa Allah sedang menguji dan ingin menghadiahkan perkara yg lebih baik sewktu kita berpenat lelah mengurus mereka ketika di sana. Kerana Allah akan byr cash setiap perkara kebaikan dan penat lelah kita.

Insyaallah, selepas ini sy akan sambung entry sy ttg perjalanan dan pengalaman di Makkah al Mukarramah pula.

... To be continued.